Assalamualaikum
dan salam PKP semuanya
Pagi
yang indah ini, aku ingin membuat review 4 buah novel nuklian Teme Abdullah.
Siapa kenal Teme angkat tangan! Hikhik. Empat buah novel ini telah dibeli oleh
kakak aku. Dia sangat meminati penulisan Teme. Begitu juga dengan aku.
Disebabkan aku tidak membeli buku Teme, jadi aku hanya meminjam dari kakakku.
Empat
buah buku yang aku perkatakan tadi adalah ;
1. Impian Jalanan
2. Signature
Jalanan
3. Empayar
Keempat-empat
novel ini sememangnya menjadi impian aku untuk membacanya. Sebelum ini aku
pernah buat review buku Pelukis Jalanan dan Arkitek Jalanan. Boleh klik di sini untuk membaca review tersebut.
Kita
terus kepada agenda utama,
1. Impian
Jalanan
Impian
Jalanan menceritakan tentang Iskandar seorang murid sekolah rendah tahun satu.
Budak kecik ini sangat minat melukis dan suka berangan. Iskandar mempunyai
seorang kakak yang bijak. Iskandar atau nama gelarannya Ikiy mempunyai sedikit
masalah pada otot matanya yang menyukarkan dia untuk mengenal simbol. Jadinya,
Iskandar terpaksa memakai cermin mata sewal usia 5 tahun. Impian jalanan juga
menampilkan watak Arif dan Teacher Jayanti.
Kisah dalam buku ini memberi
inspirasi kerana kegigihan Iskandar menunjukkan bakat melukisnya melalui
pertandingan melukis poster dan lukisan di mural sekolah. Cerita ini mempunyai
dua babak. Babak pertama kisah Ikiy semasa zaman sekolah rendahnya dan babak
kedua kisah Iskandar yang sudah dewasa bersama sahabatnya, Ahmad. Apa yang terjadi
kepada Ikiy yang dulu? Sudah berjayakah dia apabila sudah dewasa? Jadi, korang
kena lah baca buku ini kerana plot penceritaan yang digarap rapi dan penuh
saspen.
Ayat
yang aku suka dalam buku ini :
Aku
perlu belajar yang aku mampu bahagia dengan diri aku sendiri. We have to
find our inner peace. Nobody can make you happy until you’re happy with
yourself.
Buku
ini aku baca semasa cuti sem, tapi tak ingat cuti sem yang mana. Penulisan
novel ini sangat menarik, penggunaan ayat yang mudah difahami dan mesej
pengarang berjaya disampaikan kepada pembaca. Buku ini adalah adik kepada
Pelukis Jalanan dan Arkitek Jalanan.
2. Signature
Jalanan
Buku
ini menceritakan kisah seorang Ben yang berusia 17 tahun. Ben memasuki sekolah
berasrama penuh semasa tingkatan 4. Ben seorang yang sangat aktif kokurikulum
dan juga kurikulum. Ben seorang yang sangat meminati subjek Sejarah manakala,
sahabatnya Oki memiliki kelebihan dalam subjek Matematik Tambahan. Joe
merupakan sahabat sekelas Ben, dia seorang yang agak lemah dalam subjek
matematik tambahan dan beberapa subjek lain. Alif pula seorang pelajar yang mempunyai masalah
kewangan. Zack merupakan pengerusi BADAR yang juga merupakan seorang pelajar aliran
agama. Penceritaan yang digambarkan oleh Teme ringkas dan santai namun banyak
pengajaran yang kita boleh perolehi. Jika sesiapa yang merindukan zaman sekolah
menengah, anda disarankan untuk membaca buku ini. Pilihan yang sangat tepat!
Ayat
yang aku suka dalam buku ni ;
“Tak
apa Ben. Allah nampak usaha kau…”
Kisah Signature Jalanan sememangnya
mengingatkan aku kepada zaman sekolah menengah yang sudah aku lalui 6 tahun
yang lalu. Lamanya masa meninggalkan kita. Tiba-tiba jer dah habis sekolah kan.
Seterusnya, pengalaman aku sebagai pekerja kantin di sekolah asrama meningatkan
aku kepada adik-adik di sana. Aku hampir lupa nama mereka semua, ada yang aku
ingat hanya muka mereka sahaja. Tapi ada beberapa orang yang aku ingat nama
pendek diorang ; ban, air bandung, Syabil, Jeh, kwn jeh, spek mata. Pastu kan
weyh, aku boleh bayangkan muka Ben, Oki, Joe, Alif gan Zack. Aku hanya
bayangkan muka budak2 kat sekolah tu.
Ben - Akmal Safwan
Oki - Danial Putra
Joe - Johan Nawi
Alif - Fawwaz
Zack - Jehh
Seorang
ni namanya Dilan (bukan nama sebenar). Aku panggil dia Dilan sebab muka cam filem
Dilan. Dia sudah tidak bersekolah di sekolah asrama itu disebabkan satu hal yang
telah terjadi (Dilan pun masuk sekolah tu masa tingkatan 4 sama macam Ben).
Itulah kehidupan, berbuat baik pun akan disalah tafsir. Semoga Dilan berjaya
walau di mana jua Dilan berada. Kak Huda gan Kak Farah akan sentiasa ingat kat
Dilan. Hehehehehe.
3. Empayar
Empayar : Hikayat Putera Tanpa Nama mengisahkan tentang pelatih 8492 yang diterima sebagai penuntut di
Madrasah Taming Sari semasa zaman pemerintahan Kesultanan Aradhanapura. Di
madrasah tersebut semua penuntut, pahlawan(ketua setiap ambilan) dan penghulu
akan menggunakan nama rahsia bernombor empat angka. Kenapa mereka tidak
menggunakan nama sebenar? Dalam buku ini juga menceritakan kisah 8492 bersama pahlawan
1636, pelatih 6480, pelatih 2335, Datuk kanan putih, Mualim Jawa dan warga
Madrasah Taming Sari. Penghulu Madrasah Taming Sari iaitu Tuan Mursyid Bija
sangat tertarik dengan sifat dan ilmu yang dimiliki oleh 8492. Dalam masa yang
sama Putera Aradhana Sastera telah melarikan diri dari istana. Ke manakah
Putera Aradhana Sastera menghilang? Segala kemusykilan akan terungkai jika anda
menghabiskan pembacaan buku Empayar.
Ayat
yang aku suka dalam buku ini :
“Beginilah
6480…, apa kata kita bersahabat? Aku guru kau bila kau perlukan nasihat. Dan
kau pula guru aku bila aku perlukan nasihat. Boleh?”
Sebenarnya
sudah dua kali aku ingin membaca buku ini. Tetapi dua kali itu juga aku hanya
baca satu per empat daripada buku kerana tiada mood untuk membaca apa-apa buku
pada ketika itu. Selain itu, jujur aku katakan penggunaan nama watak empat
angka memberikan sedikit kesukaran untuk aku menghayati plot penceritaan.
Cewah. Baru-baru ni semasa musim PKP, aku berjaya menghabiskan pembacaan selama
2 hari. Hal ini disebabkan aku cuba mengosongkan fikiran, mengambil mood dan
menghafal nama karakter untuk fokus kepada pembacaan. Penggunaan ayat yang
santai dan ringkas menyebabkan aku meneruskan pembacaan untuk mengetahui jalan
cerita seterusnya. Selain itu, buku ini juga banyak menulis mengenai hadis dan
ayat al-Quran yang bersesuaian dengan plot penceritaan.
4. Empayar
2
Empayar
2 : Hikayat Mukjizat daripada Iblis merupakan kesinambungan kepada empayar yang
pertama. Kisah yang kedua ini menceritakan bagaimana Jemaah Ar-Rayatusuwd di
bawah pimpinan Imam Abu Aswad menceroboh Madrasah Taming Sari. Hal ini juga
disebabkan oleh penghulu madrasah, Tuan Mursyid Bija yang telah meninggal dunia
membuka peluang kepada mereka untuk mengambil alih pentadbiran Madrasah. Orang
kanan Abu Aswad iaitu Abu Aiman seorang yang mengikut sahaja arahan ketuanya
tanpa membantah. Abu Hajar selaku panglima askar Ar-Ridhwan pula seorang yang
sangat baik, namun beliau terpaksa akur akan arahan ketuanya.
Namun, perjuangan Jemaah Ar-Rayatusuwd hanya bertopengkan Islam sahaja. Empayar
2 akan memaparkan perjuangan askar Orang Laut di bawah pimpinan Daeng Anding
untuk menyelamatkan Madrasah Taming Sari. Berjayakah mereka menyelamatkan
madrasah itu dari cengkaman Imam Abu Aswad dan Jemaah Ar-Rayatusuwd?
Setakat itu sahaja review buku Teme. Sekarang
aku masih menanti buku Teme yang seterusnya iaitu Selamat Tinggal Purnama. Buku ni
dikeluarkan 2 jilid sekaligus. Tak sabarnya nak baca. Insyallah nanti bila-bila
rajin, aku buat review pasal buku Selamat Tinggal Pernama pulak okeeee.
Selamat
berpuasa semua. Bye2
13 ulasan:
hi teme's fans haha! kita pun kumpul buku dia. sekarang tinggal tunggi nak dapat buku baru dia ja. tapi sebab pkp ni.. entah bilalah dapatnya :(
@mazni : Yeayy ada geng. Huda pon tengah tunggu buku teme. Tapi kan teme ada bagi online buku selamat tinggal purnama kat google play book.
kawan saya ramai fans teme, cuma masih tak berkesempatan baca buku2 dia hehe
@GGhere : Haah Teme ramai fans. Nnti kalau ada kesempatan boleh lah baca. Hehe :)
Cover buku Empayar menarik... seperti cerita horror hihi
@Meutia : Yep betul dan dan cantik kan. :)
SELAMAT HARI RAYA!! best entry ini.. done follow u, follow me back.. tq
http://acuyuhan.blogspot.com/
@Acuyuhan : Selamat Hari Raya jugak acuuuu. Thank you :)
Assalamualaikum... berkongsi rezeki kan.Moga Allah berkahi kita semua dan sehat selalu #277
@Riyan Laiyan : Waalaikumussalam. Amin
hi info menarik ini :) done follow, follow me back.. thanks
http://acuyuhan.blogspot.com/
Fans teme rupanya hehe , sye sempat baca pelukis arkitek jalanan je
@Acuyuhan : Terima kasih
@nuna almond : Haah. Saya peminat teme dan buku2 beliau. Hehe. Ouh yeke, nuna patut baca semua nuklian teme semua best dan menarik!
Catat Ulasan