Assalamualaikum. Hi everyone!
Terasa bersawang blog ini. Cuti sem belum habis lagi. Waktu
yang terluang ini, aku ingin kongsikan pengalaman semasa ERTL. Pihak IIUM
melakukan kelas percubaan sebelum ERTL yang sebenar. Hal ini demikian untuk
memastikan capaian internet memuaskan, keselesaan belajar jarak jauh dan dikelilingi
dengan persekitaran yang baik. Jika mempunyai sebarang masalah, pelajar
dibenarkan untuk pulang ke mahallah atas alasan yang munasabah. Aku hanya
berpeluang menghadiri kelas selama dua minggu di rumah. Setelah itu, aku pulang
ke IIUM Pagoh tercinta. Baiklah, aku akan
teruskan kepada point utama. Ghghghghghghgh…
1. Makanan
ERTL di rumah seperti biasa makanan tersedia. Boleh memasak
segala benda yang nak makan. Menarik bukan?
ERTL di IIUM Pagoh. Setiap hari aku melihat menu bumbu kito
kat status wasep mak cik kafe. Beli atau tak? Termasuklah group wasep Edu Hub
Pagoh. Pelbagai makanan delivery yang sangat menyelerakan. Sapa yang tak kuat
iman jangan buka phone, nanti terbeli semua. Ghghghghghgh. Tipu jer.
“Fatin mau makan apa harini?”
2. Pengangkutan
ERTL di rumah tak perlu keluar ke mana-mana. Disebabkan time
tu PKP jadi elok kiranya meluangkan masa di rumah sahaja dengan menghadiri
kelas. Namun, jauh di sudut hati aku ingin keluar dari terperuk di rumah ini.
Tapi, ada baiknya duduk di rumah yedok?
ERTL di IIUM Pagoh
Aku melihat awan, sangat cantik ciptaan tuhan.
“Fatin… cantikkan?”
“Terima kasih!”
“…awan yang cantik”. :<
Semasa di IIUM Pagoh aku hanya keluar 3X sahaja. Sekali pergi ke Pagoh jaya, membeli barang-barang keperluan di Speedmart dan melencong terus ke Panchor menikmati makanan di restoren Haji Masjuki.
Kali kedua dan ketiga pergi
ke 7 Eleven bersebelahan Mahallah. Kali pertama aku dan Fatin menikmati mee
segera di sana. Sungguh enak, terkenang memori semasa bekerja di Pasar raya.
Kali kedua pergi ke 7 Eleven hanya membeli dan terus pulang kerana ada polis
melepak di situ. Cheese.
3. Kemudahan internet
ERTL di rumah memerlukan aku membeli data yang banyak untuk
menampung kelas yang agak banyak. Setiap pengorbanan orang berbeza.
ERTL di IIUM Pagoh aku hanya menggunakan kemudahan wifi yang
tersedia. Boleh menonton drama pada waktu lapang lagi. Ghghghgh
4. Kos sara hidup
ERTL di rumah tidak memerlukan kos. Makanan dan kelengkapan
tersedia. Cukup semuanya.
ERTL di IIUM Pagoh terikat dengan pembelian makanan yang
enak-enak belaka serta kelengkapan lain termasuklah pembelian barang secara
online. Percaya atau tidak, menu yang disediakan oleh mak cik kafe berbeza
dengan menu yang dijual semasa semester biasa. Mungkin meraikan kami yang
kesepian merindui makanan ibu?
Semasa di IIUM Pagoh, ada beberapa perkara yang aku suka
lakukan misalnya melakukan senaman ringan di compartment kosong (bilik Aisyah), yang ni kadang-kadang bila ada mood. Ghghghgh. Kedua, menukar menu hampir setiap hari supaya dapat menaikan nafsu makan. Memikirkan menu
untuk esok menjadi kebiasaan aku dan Fatin. Melihat telefon, scroll menu,
bertanya mau kah? Kalau tak setuju cari menu yang digemari. Perkara itu
berulang kembali setiap hari. Pasti aku sangat rindui.
Aku tidak pasti adakah kelas online akan berulang kembali. Namun, detik ini harus aku hargai. Menghitung hari demi hari, bila agaknya kelas atas talian akan berakhir? Aku tidak pasti.
Terdapat perkara misteri di Mahallah yang telah aku gan Fatin
alami. Tapi Alhamdulillah kami selamat sampai ke rumah. Yeayy!
Aku akui, Pagoh sungguh sepi. Hanya awan yang berarak di atas
sana. Kemudian pergi menjauh sedikit demi sedikit. Aku sangat bersetuju bila
pelajar UIA Pagoh memuji awan Pagoh yang sangat indah. Uwu
Oh iye, aku ada buat video sepanjang ERTL di IIUM Pagoh. Tetapi
hanya memuatkan beberapa scene sahaja. Cukup untuk dijadikan memori sampai
bila-bila. <<<Klik sini>>> atau lihat di bawah,
Kelas online korang macam mana?
8 ulasan:
Hai sis! Ada beberapa perkara yg saya nk mintak tlg ttg belajar di uia. Boleh tlg saya tak?😢
@MS Atiyah Roslan : Insyallah boleh. Nnti email sy di nurfarah_huda@yahoo.com
berdebarnya rasa baru nak masuk Uia..tapi Uia Gombak..huhu doakan semoga saya dipermudahkan urusan.🤗
@Rasyidahshere : Welcome to the garden of the knowledge and virtue. Amin, semoga dipermudahkan segala urusan. Good luck dik. Wish you all the best!
goodluck on your study sis :)
http://sayesyadiya.blogspot.com/
@Syadiya Khairul : Thank you :)
thank sis
@Rasyidahshere : Welcome ;)
Catat Ulasan