Sabtu, 2 Mei 2020

Review buku penulisan Teme Abdullah




Assalamualaikum dan salam PKP semuanya



Pagi yang indah ini, aku ingin membuat review 4 buah novel nuklian Teme Abdullah. Siapa kenal Teme angkat tangan! Hikhik. Empat buah novel ini telah dibeli oleh kakak aku. Dia sangat meminati penulisan Teme. Begitu juga dengan aku. Disebabkan aku tidak membeli buku Teme, jadi aku hanya meminjam dari kakakku.


Empat buah buku yang aku perkatakan tadi adalah ;

1. Impian Jalanan

2. Signature Jalanan

3. Empayar

4. Empayar 2








Keempat-empat novel ini sememangnya menjadi impian aku untuk membacanya. Sebelum ini aku pernah buat review buku Pelukis Jalanan dan Arkitek Jalanan. Boleh klik di sini untuk membaca review tersebut.


Kita terus kepada agenda utama,



1. Impian Jalanan





Impian Jalanan menceritakan tentang Iskandar seorang murid sekolah rendah tahun satu. Budak kecik ini sangat minat melukis dan suka berangan. Iskandar mempunyai seorang kakak yang bijak. Iskandar atau nama gelarannya Ikiy mempunyai sedikit masalah pada otot matanya yang menyukarkan dia untuk mengenal simbol. Jadinya, Iskandar terpaksa memakai cermin mata sewal usia 5 tahun. Impian jalanan juga menampilkan watak Arif dan Teacher Jayanti. 


Kisah dalam buku ini memberi inspirasi kerana kegigihan Iskandar menunjukkan bakat melukisnya melalui pertandingan melukis poster dan lukisan di mural sekolah. Cerita ini mempunyai dua babak. Babak pertama kisah Ikiy semasa zaman sekolah rendahnya dan babak kedua kisah Iskandar yang sudah dewasa bersama sahabatnya, Ahmad. Apa yang terjadi kepada Ikiy yang dulu? Sudah berjayakah dia apabila sudah dewasa? Jadi, korang kena lah baca buku ini kerana plot penceritaan yang digarap rapi dan penuh saspen.



Ayat yang aku suka dalam buku ini :

Aku perlu belajar yang aku mampu bahagia dengan diri aku sendiri. We have to find our inner peace. Nobody can make you happy until you’re happy with yourself.



Buku ini aku baca semasa cuti sem, tapi tak ingat cuti sem yang mana. Penulisan novel ini sangat menarik, penggunaan ayat yang mudah difahami dan mesej pengarang berjaya disampaikan kepada pembaca. Buku ini adalah adik kepada Pelukis Jalanan dan Arkitek Jalanan.



2. Signature Jalanan







Buku ini menceritakan kisah seorang Ben yang berusia 17 tahun. Ben memasuki sekolah berasrama penuh semasa tingkatan 4. Ben seorang yang sangat aktif kokurikulum dan juga kurikulum. Ben seorang yang sangat meminati subjek Sejarah manakala, sahabatnya Oki memiliki kelebihan dalam subjek Matematik Tambahan. Joe merupakan sahabat sekelas Ben, dia seorang yang agak lemah dalam subjek matematik tambahan dan beberapa subjek lain. Alif  pula seorang pelajar yang mempunyai masalah kewangan. Zack merupakan pengerusi BADAR yang juga merupakan seorang pelajar aliran agama. Penceritaan yang digambarkan oleh Teme ringkas dan santai namun banyak pengajaran yang kita boleh perolehi. Jika sesiapa yang merindukan zaman sekolah menengah, anda disarankan untuk membaca buku ini. Pilihan yang sangat tepat!



Ayat yang aku suka dalam buku ni ;

“Tak apa Ben. Allah nampak usaha kau…”


Kisah Signature Jalanan sememangnya mengingatkan aku kepada zaman sekolah menengah yang sudah aku lalui 6 tahun yang lalu. Lamanya masa meninggalkan kita. Tiba-tiba jer dah habis sekolah kan. Seterusnya, pengalaman aku sebagai pekerja kantin di sekolah asrama meningatkan aku kepada adik-adik di sana. Aku hampir lupa nama mereka semua, ada yang aku ingat hanya muka mereka sahaja. Tapi ada beberapa orang yang aku ingat nama pendek diorang ; ban, air bandung, Syabil, Jeh, kwn jeh, spek mata. Pastu kan weyh, aku boleh bayangkan muka Ben, Oki, Joe, Alif gan Zack. Aku hanya bayangkan muka budak2 kat sekolah tu.


Ben  - Akmal Safwan
Oki  - Danial Putra
Joe   - Johan Nawi
Alif  - Fawwaz
Zack - Jehh


Seorang ni namanya Dilan (bukan nama sebenar). Aku panggil dia Dilan sebab muka cam filem Dilan. Dia sudah tidak bersekolah di sekolah asrama itu disebabkan satu hal yang telah terjadi (Dilan pun masuk sekolah tu masa tingkatan 4 sama macam Ben). Itulah kehidupan, berbuat baik pun akan disalah tafsir. Semoga Dilan berjaya walau di mana jua Dilan berada. Kak Huda gan Kak Farah akan sentiasa ingat kat Dilan. Hehehehehe.



3. Empayar








Empayar : Hikayat Putera Tanpa Nama mengisahkan tentang pelatih 8492 yang diterima sebagai penuntut di Madrasah Taming Sari semasa zaman pemerintahan Kesultanan Aradhanapura. Di madrasah tersebut semua penuntut, pahlawan(ketua setiap ambilan) dan penghulu akan menggunakan nama rahsia bernombor empat angka. Kenapa mereka tidak menggunakan nama sebenar? Dalam buku ini juga menceritakan kisah 8492 bersama pahlawan 1636, pelatih 6480, pelatih 2335, Datuk kanan putih, Mualim Jawa dan warga Madrasah Taming Sari. Penghulu Madrasah Taming Sari iaitu Tuan Mursyid Bija sangat tertarik dengan sifat dan ilmu yang dimiliki oleh 8492. Dalam masa yang sama Putera Aradhana Sastera telah melarikan diri dari istana. Ke manakah Putera Aradhana Sastera menghilang? Segala kemusykilan akan terungkai jika anda menghabiskan pembacaan buku Empayar.



Ayat yang aku suka dalam buku ini :

“Beginilah 6480…, apa kata kita bersahabat? Aku guru kau bila kau perlukan nasihat. Dan kau pula guru aku bila aku perlukan nasihat. Boleh?”


Sebenarnya sudah dua kali aku ingin membaca buku ini. Tetapi dua kali itu juga aku hanya baca satu per empat daripada buku kerana tiada mood untuk membaca apa-apa buku pada ketika itu. Selain itu, jujur aku katakan penggunaan nama watak empat angka memberikan sedikit kesukaran untuk aku menghayati plot penceritaan. Cewah. Baru-baru ni semasa musim PKP, aku berjaya menghabiskan pembacaan selama 2 hari. Hal ini disebabkan aku cuba mengosongkan fikiran, mengambil mood dan menghafal nama karakter untuk fokus kepada pembacaan. Penggunaan ayat yang santai dan ringkas menyebabkan aku meneruskan pembacaan untuk mengetahui jalan cerita seterusnya. Selain itu, buku ini juga banyak menulis mengenai hadis dan ayat al-Quran yang bersesuaian dengan plot penceritaan. 



4.  Empayar 2







Empayar 2 : Hikayat Mukjizat daripada Iblis merupakan kesinambungan kepada empayar yang pertama. Kisah yang kedua ini menceritakan bagaimana Jemaah Ar-Rayatusuwd di bawah pimpinan Imam Abu Aswad menceroboh Madrasah Taming Sari. Hal ini juga disebabkan oleh penghulu madrasah, Tuan Mursyid Bija yang telah meninggal dunia membuka peluang kepada mereka untuk mengambil alih pentadbiran Madrasah. Orang kanan Abu Aswad iaitu Abu Aiman seorang yang mengikut sahaja arahan ketuanya tanpa membantah. Abu Hajar selaku panglima askar Ar-Ridhwan pula seorang yang sangat baik, namun beliau terpaksa akur akan arahan ketuanya. Namun, perjuangan Jemaah Ar-Rayatusuwd hanya bertopengkan Islam sahaja. Empayar 2 akan memaparkan perjuangan askar Orang Laut di bawah pimpinan Daeng Anding untuk menyelamatkan Madrasah Taming Sari. Berjayakah mereka menyelamatkan madrasah itu dari cengkaman Imam Abu Aswad dan Jemaah Ar-Rayatusuwd?



Setakat itu sahaja review buku Teme. Sekarang aku masih menanti buku Teme yang seterusnya iaitu Selamat Tinggal Purnama. Buku ni dikeluarkan 2 jilid sekaligus. Tak sabarnya nak baca. Insyallah nanti bila-bila rajin, aku buat review pasal buku Selamat Tinggal Pernama pulak okeeee. 






Selamat berpuasa semua. Bye2


13 ulasan:

Mazni Munawar berkata...

hi teme's fans haha! kita pun kumpul buku dia. sekarang tinggal tunggi nak dapat buku baru dia ja. tapi sebab pkp ni.. entah bilalah dapatnya :(

Rahsia Hati Huda berkata...

@mazni : Yeayy ada geng. Huda pon tengah tunggu buku teme. Tapi kan teme ada bagi online buku selamat tinggal purnama kat google play book.

GGhere berkata...

kawan saya ramai fans teme, cuma masih tak berkesempatan baca buku2 dia hehe

Rahsia Hati Huda berkata...

@GGhere : Haah Teme ramai fans. Nnti kalau ada kesempatan boleh lah baca. Hehe :)

Meutia berkata...

Cover buku Empayar menarik... seperti cerita horror hihi

Rahsia Hati Huda berkata...

@Meutia : Yep betul dan dan cantik kan. :)

Acuyuhan berkata...

SELAMAT HARI RAYA!! best entry ini.. done follow u, follow me back.. tq
http://acuyuhan.blogspot.com/

Rahsia Hati Huda berkata...

@Acuyuhan : Selamat Hari Raya jugak acuuuu. Thank you :)

Riyan Laiyan berkata...

Assalamualaikum... berkongsi rezeki kan.Moga Allah berkahi kita semua dan sehat selalu #277

Rahsia Hati Huda berkata...

@Riyan Laiyan : Waalaikumussalam. Amin

Acuyuhan berkata...

hi info menarik ini :) done follow, follow me back.. thanks
http://acuyuhan.blogspot.com/

nuna almond berkata...

Fans teme rupanya hehe , sye sempat baca pelukis arkitek jalanan je

Rahsia Hati Huda berkata...

@Acuyuhan : Terima kasih

@nuna almond : Haah. Saya peminat teme dan buku2 beliau. Hehe. Ouh yeke, nuna patut baca semua nuklian teme semua best dan menarik!