Selasa, 11 Oktober 2016

Jom menangi postcard dengan mudah!


Assalamualaikum.


Saya ada buat satu segmen.

Anda hanya perlu tampal banner, backlinekan serta menjawab satu soalan mudah!

10 pemenang di cari

Jangan lepaskan peluang ini!


Klik banner di bawah untuk join.



Isnin, 10 Oktober 2016

Segmen Kad cinta #3






Assalamualaikum dan selamat sejahtera.



tampal banner dan backlinekan ke sini





 Hari ini hari baik, langit cerah. Sama juga dengan aku, hati tengah baik. Hee… Hari ini aku nak buat segmen. Semestinya segmen ini mudah macam makan kacang goreng. Muahaha. :p Kepada semua blogger jemput sertai segmen ini.




Dengan lafaz bismillahirrahmanirrahim saya rasmikan Segmen Kad Cinta #3,


Syarat-syarat umum :



Warganegara Malaysia   /    Ada akaun blogger     /     Tiada had umur



Syarat-syarat khas :


>>>Follow blog Rahsia Hati Huda dan Zumyhuna *Wajib
>>>Like facebook Rahsia Hati Huda dan Suka blog *sukahati, tak follow pun takpe



Cara buat entry :

1. Copy paste banner dan backlinekan ia ke sini
2. Jawap satu soalan : Kenapa nak postcard cinta?



Dah buat entry, letakkan link anda di ruangan komen.



10 pemenang dicari

Hadiah :  postcard cinta




Good luck!





Ahad, 9 Oktober 2016

Keputusan MUET sesi Julai




Alhamdulillah dah terlepas beban sebab muet dah lepas. Tak perlu lagi baca buku muet :p Cikgu BM dengan Cikgu PAM dah booking masa muet lepas muet dah berakhir.





Gambar ini diambil semasa trial sem 2




Aku agak terkilan dengan MUET. Bukan apa, aku memang tak tahu dan tak pernah ambil peduli dengan bahasa asing yang satu ini. Aku tak tahu kenapa yang aku susah nak cooperate dengan English. Bila masa muet aku diam, tak tahu nak speaking dengan grammar yang betul. Lagipun aku mana tahu nak betulkan grammar. Aku ada tanya teacher, dia macam tak nak ajar aku. Dia kata ambil masa untuk belajar dari basic grammar. Aku memang terkilan. Tanya kawan pun mereka cakap tak tahu, tapi SPM English A. Mungkin mereka takut apa yang mereka ajar ke aku nanti tak betul. 


Yang paling haru, masa sekolah menengah baru aku tahu grammar tu macam tatabahasa dalam bahasa melayu.


Kenangan pahit aku semasa belajar adalah dengan English subject. I really hate it very much. Memang tak suka, sebab diri sendiri yang dah program supaya ignore English.
I think i must overcome this problem.


Aku mula takut bila cikgu-cikgu cakap bahasa inggeris sangat penting untuk masuk u. Aku tak heran kalau cikgu English yang cakap, tapi cikgu yang ajar subjek Bahasa Melayu yang cakap. Belajar bahasa pun dalam English. Kata-kata mereka menjadi igauan ngeri aku tanpa aku perlu bermimpi.
Seorang diri lah aku ketakutan dengan English. Ber huhu la aku masa kelas muet. Tunduk khusyuk dan tawaduk mengenang nasib diri yang tak sebulu dengan bahasa omputih. 



Teacher tanya aku angguk sahaja tanpa ketahui apa soalannya. Hua hua hua.
Maafkan aku kerana tak memahamimu, English!



Kan untung kalau ada orang yang ajar aku muet. Aku sekarang ni dah sedar. Tapi, aku masih malu nak tanya sesiapa tentang muet.



Okey sekarang aku nak catit kronologi MUET yang aku dah bayar RM100.05. Rugi rugi kalau aku tak dapat band yang baik.



26.7.16 – Speaking
Geng speaking aku sama saja macam aku, cakap English main bedal aci point penting ada, grammar ofcourse berterabur. Bila aku berspeaking dengan budak English A, aku agak takut untuk speaking bila tiba turn aku sebab mereka guna laras bahasa yang aku jarang dengar. Aku cuma, agree with your point candidate A dan bagi sedikit sebab kenapa aku agree dengan point candidate A. Gitu ah...
Sekolah aku ada 2 sesi,



8 pagi – 5 kumpulan - bunyi loceng baru masuk dewan speaking.



11.30 pagi - 3 kumpulan



30.7.16 – Reading, Writing, Listening



8.00 pagi-Reading ,baca soalan dah jawab.  Aku harap banyaklah aku betul


10.30 pagi – Writing , interpretation data untuk Task 1 agak senang, tapi grammar aku tunggang langgang. Task B, tentang Male role. Macam mana aku hurai pun aku tulis sahaja yang terlintas di fikiran ketika itu, harap kena dengan skema jawapan.



12.30 tengah hari- Listening , Kami tak keluar lepas writing. Tapi aku ada ke kelas 1 KAA untuk selak buku nak tengok ejaan. Kan kena salin apa yang radio tu cakap. So bad, sebab part iii agak susah sebab slang orang putih yang terlebih.



Masa 30 hari bulan ni aku lack of sleep atas kesalahan sendiri. Punya bangun 2 pagi adalah buat reading sikit. Kemudian tak tidur terus. Kemudian aku terus ke sekolah macam biasa. Masa reading tu, text yang ke 4 aku dah nak tidur. Tapi aku tahan sampai habis listening.




Lepas ni aku nak tidur awal dan bangun awal.

Aku harap aku dapat band yang terbaik dalam muet. Aku ada target tapi aku perlu bersyukur dengan band yang bakal aku terima kelak.


Sebenarnya aku dah lama tulis yang atas tu. Jadi keputusan MUET pun dah keluar.
Masa hari kejadian semua rakan kelas aku teruja untuk tahu keputusan. Kemudian, datanglah PKT6. Memang masa dia pun. Kami tunggulah, katanya dia masuk lewat sebab ambil keputusan MUET. Katanya belum tengok keputusan, padahal senarai semua pelajar yang siap ada band dekat tangan dia. PKT6  telefon sir Ali, kemudian sir Ali pun datang. Sir Ali buka sampul kemudian dia mula memanggil nama ahli kelas. Yang nama disebut pun datang ke depan dengan penuh rasa cuak. Oh ya, sir Ali bagi sijil MUET sekali. Semestinya nama yang dipanggil dulu dapat band yang terbaik.



Sekolah aku ada 34 orang calon MUET sesi Julai, jadi kawan yang dapat band 4 ada 4 orang dan ada 2 orang yang lagi beberapa markah nak ke band4 dan ramai kawan kelas aku dapat band3. Band1 kelas kitorang tak ada. Tahniah kepada lia,pah,zur dan nis kerana dapat band 4. 



Dan tak lupa juga kepada ahli kumpulan speaking tahniah kerana dapat band 3.

Kepada yang nak ambil MUET good luck!


Itu sahaja bingkasan untuk hari ini. Maaf kalau entry ini telah diperam lama.