Hari ini aku dah
habis menonton drama korea yang popular iaitu love in the moonligt atau
moonlight drawn by clouds. Drama ini berkisar tentang Kerajaan semasa dinasti
Josean.
Drama ini
mencapai nationwide melebihi 20%. Drama ni sungguh buat aku teruja sampai
marathon tonton cerita ni. Kalau kome nak tahu, drama ini diadaptasi daripada
webcartoon bestseller, yang ditonton berjuta kali.
Setiap kali aku
review mesti aku kata drama yang aku review tu paling best, same goes to this
drama. Oh yeah!
Pelakon :
Park bo geum
(Putera mahkota Lee young)
Ini first time
aku tengok bogeum berlakon, sangat menjiwai watak. Sudahlah handsome,
maskulin, dan dia cakap sangat jelas
sehingga kelihatan barisan gigi yang cantik. Bogeum umur 23 tahun tapi memegang
watak berumur 19 tahun, sebaya la dengan aku. ~Hee! Bogeum memang
kebudak-budakan bila berlakon dalam cerita ni. Tarian bombastic dia adalah
terbaik, siap pakai hanbok lagi.
Leeyoung seorang
Putera Mahkota yang kurang kasih sayang. Maharani meninggal dunia kerana
diracun semasa dia berumur 9 tahun. Maharaja tak ambil tindakan kepada orang
yang bunuh maharani sebab dia ingat maharani meninggal dunia mengejut. Jadi,
Lee young ni macam jadi anak derhaka tak nak jadi pengganti maharaja dan selalu
buat maharaja naik angin. Tetapi hubungan mereka kembali akrab dan putera mahkota
matang dengan pengalaman - suka keluar istana nak melihat keadaan rakyat, minta
pendapat rakyat untuk menjadikan sebuah kerajaan yang baik yang bakal
dipimpinya kelak.
Putera mahkota
suka peril-perli perdana menteri dan menteri-menteri yang berkomplot untuk
menjatuhkan reputasi maharaja.
Lee young seorang
yang tegas, ego dan suka marah-marah. Tapi aku suka cara dia yang tak layan
anak menteri Jo nak mengorat dia. Dahl ah handsome, jaga maruah pulak tu. Hikhik
Kim Yoo Jung
(Hong Sam Nom/ Hong Ra On)
Aku pernah
tengok dia berlakon dalam drama embrace moon the sun. Yoo jung jadi lelaki
dalam drama ni sebab ayah dia pemberontak kerjaan, jadi terpaksalah dia jadi
lelaki kerana semua orang tahu dia ada anak perempuan. Bila dia dijual oleh
ayah angkat yang banyak berhutang, dia telah pergi temu duga untuk jadi
sida-sida dan paling mengejutkan dia lulus untuk jadi sida-sida, hebatkan
perempuan pun boleh jadi sida-sida.
Dalam istana Sam
Nom berkawan dengan cendiakawan bunga/putera mahkota. Suka hati dia saja
panggil putera mahkota cendiakawan bunga. Setiap bicara Ra On ikhlas, suka beri
kata-kata semangat dan suka main-main dengan arahan putera mahkota membuatkan
putera mahkota jatuh cinta kepadanya. Gosip mula tersebar bahawa putera mahkota
seorang gay.
Dalam istana
juga Sam Nom dapat jadi Ra On, masa ni putera mahkota dah syak yang Sam Nom ni
perempuan. Dia kata,
“Saya melihat
sesuatu dalam diri awak, iaitu perempuan”, masa ni Ra On dah telan liur, nasib
baik ji young datang selamatkan keadaan.
Ji young B1A4
Dia kawan baik
putera mahkota. Hubungan dia dengan putera mahkota tak berapa erat. Tapi dalam
diam ji young yang banyak bantu putera mahkota melalui kim Byung. Dia sangat sayang
akan putera mahkota sebab mereka tinggal sama-sama di istana sejak kecil (ji
young cucu perdana menteri}. Ji young jatuh hati kepada Ra On tapi dia sudah
terlambat sebab dia nak putera mahkota bahagia, dia sanggup pendam perasaannya
terhadap Ra On. Ji young dalam cerita ni pakai baju warna pastel, lakonan yang
bersahaja dan muka yang tenang. Dia sentiasa tolong Ra On. Ji young jugak dapat
rasa yang Sam Nom tu perempuan.
Pelakon-pelakon
lain sangat membantu. Ada lawak, sedih, gembira, cemas dan sentiasa curious untuk episode
seterusnya. Bila tengok cerita ni kan, even kau tak tangok satu episode mesti
kau tak faham. Cewahh kemain ayat. Love in the moonlight adalah sebuah drama yang santai dan menarik untuk ditonton
sepanjang zaman. Kalau kau tengok mesti kau senang faham ahh dan lakonan para
pelakon sangat menyakinkan.
Jalan cerita
yang berkesinambungan. Setiap scene mesti ada sebab. Misalnya masa bakal puteri
mahkota bagi ubat kepada putera mahkota dan cicin yang dipakai oleh bakal puteri
mahkota dan lain-lain. Cerita ni kan banyak yang berkait, jadi nampak menarik
lagi le jalan cerita dia. Itu lah sebabnya satu episode pun tak boleh miss.
Pelakon kan
tenang saja bila cakap, gerak mata, bahasa badan sungguh aku tahu yang mereka
buat yang terbaik untuk para penonton. Bercakap pun penuh tatatertib macam
betul-betul duduk dekat istana.
Yang paling tak
lupa semua orang panggil bogeum Choa (yang Mulia)
Lagu/soundtrack
yang paling aku suka adalah fondly goodbye oleh si kyung. Lagu yang penuh
perasaan. Lagu ni untuk scene sedih.
Pelakon sangat
menakjubkan. Even aku dah tahu jalan cerita, dah tengok making of ...aku sangat
terharu melihat mereka menjayakan watak dengan hebat. Aku ingat cerita ni
biasa-biasa saja tapi bila aku tonton baru lah aku tahu cerita ni sungguh
berbeza dengan sangkaan aku.
Segala rasa yang dilontarkan oleh pelakon aku
dapat rasa. Bila gembira aku gelak. Even masa making of pun crew senyum bila
lihat bogeum gelak. Bila sedih aku nak nangis. Biarpun watak utama masih muda,
mereka berjaya menghasilkan sebuah drama yang tak boleh aku lupa. Big claps for
all of you...
1 ulasan:
DA TGK NI!! KLAU X SILAP LA
Catat Ulasan