Sabtu, 9 Ogos 2014

Emergency couple

Assalamualaikum



Hari ni Huda nak cerita pasal satu drama korea.Tajuknya Emergency couple.
Okeyh..kita kenal-kenal dulu dengan watak-wataknya.

Hero : Oh Chang Min
Heroin : Oh Jin Hee (Song Ji hyo)
Han Ah Reum,suka kat Oh Chang Min
Chief Gook,minat kat Oh Jin Hee

Diorang ni sebenarnya berkahwin pada usia yang terlalu muda,sebab tu lah rumah tangga
mereka goyang and terpkasa bercerai.

5 tahun berlalu,mereka bertemu kembali di
sebuah hospital di mana disitu mereka menjadi doktor pelatih.
Oh Chang Min mempunyai keluarga doktor,bapanya doktor.Adik beradik mak dia
pun doktor.Tapi, mak dia bukan doktor.Mak Chang Min memang tak berapa suka
dengan Jin Hee.Mungkin sebab Chang Min kahwin dengan Jin Hee dia tak jadi doktor time tu.

Oh Ji Hee ni pula berazam nak jadi doktor sebab dia nak tahu apa istimewanya jadi doktor,
ada adik beradik keluarga doktor.Dia pelik dengan mak mentua dia yang sangat mementingkan
darjat.Kononnya tak suka anak dia kahwin dengan orang miskin.

Then,nak dipendekkan cerita Oh Jin Hee dah tak ada perasaan kat Oh Chang Min.
Tapi,dalam diam dia masih menyayangi bekas suaminya itu.Dalam masa yang sama,dia mula
jatuh cinta dengan Chief Gook,ketua unit ER(Emergency Room).

Oh Chang Min pulak dah jatuh cinta balik kat bekas isteri dia.Tapi, mak Oh Chang Min 
beria-rianak jadikan Han Ah Reum(anak menteri/doktor pelatih) jadi menantunya.Oh Chang Min
memang tak minat kat Ah Reum,tapi Ah Reum ni seksi,cantik and badannya ramping.
Manalah kita nak buat ,dah tak berkenan.
Bapa Oh Chang Min,juga seorang doktor.Dia tak berapa ngam dengan isteri dia.
Pastu,mak Oh Chang Min ni minta cerai kat suami dia.Apatah..dapat suami doktor pun nak cerai.
Tapi,Bapa Oh Chang Min memang rapat dengan Jin Hee.
Jin Hee memang selalu lawat dia.

Okeyh..cukup,dah panjang rasanya cerita ni.
Nak lagi? Nanti Huda update lagi. 
Baru tengok episod 14.
Ini drama terbaru untuk tahun ni di korea.
Kat Malaysia belum ditayangkan lagi.
Jom le kita tengok.

Bye,Assalamualaikum

3 ulasan:

eyqa yushaiza berkata...

suka jugak ke tengok drama korea? hehehe.. yus belum tengok lagi cerita ni. (semuanya disebabkan monday couple T^T)

Farah Huda berkata...

Suka sangat.Gary pun ada berlakon sekejap dalam cerita ni ^__^
"I see you on monday"dia kata.

Siti Aisya Ibrahim berkata...

wahhh macam best... kite bar cuti sem ni, boleh lah nnt try usha2... :D