Jumaat, 18 Mac 2016

Pertandingan netball peringkat daerah hilir perak


Assalamualaikum.Hai guys.

Pada 2,3 dan 4 februari 2016 berlangsungnya pertandingan bola jaring peringkat daerah hilir perak bertempat di SMK Tun Abdul Razak Selekoh.

Aku kan form 6, cikgu Shah minta tolong kami untuk tolong dia.Dia setiausaha sukan.Hohoho.

Jadi, dengan terpaksa kenalah kami pergi tolong cikgu.Huhu.


Bukan apa, masa tu kerja kursus tak siap lagi.Lagipula, form 6 ni 'senang' gila wei.Nak tidur pun tak sempat masa ni.Biasa aku tidur petang.Bila cikgu minta tolong aku pergi je la.Kesian cikgu.

Aku bertugas sebagai runner untuk hari pertama dan hari kedua.Hari ketiga aku jaga scoreboard sebab budak yang jaga scoreboard tak datang. Gelabah gak aku bila gol masuk.Kuikuikui.

Paling menyedihkan aku dapat makanan hari ketiga saja sebab yang jadi runner memang tak diberi makanan .Kesian kan aku.


Jadi aku nak kongsi dengan kamu semua tentang perjalanan pertandingan ini. Aku keje hantar borang markah kat meja yang dijaga oleh cikgu Asmah dan Cikgu Ain.Tapi, aku tengok kertas markah macam-macam tu aje.Laju je kena hantar sebab cikgu nak tampal markah kat papan putih =__=


Yang aku tahu johan untuk bawah 18 tahun dan bawah 15 tahun kedua-duanya dirangkul oleh SEMESTI. Well, aku gila impress tengok budak tu main.Tak silap aku nama dia si Fareha,under 15 y/o.

Bila aku tengok dia main aku rasa rugi sangat sebab aku tak aktif dengan bola jaring masa di  aliran arus perdana dulu.Ketabahan dan kegigihan dia yang suka rampas bola buat aku rasa "wow hebatnya".Kahkahkah.Gurau je.tu pun takleh :p


Dah jom  tengok gambar-gambar sepanjang pertandingan berlangsung.


Hari pertama 2/2/16 under 15 y/o




SEMESTI tu yang pakai skirt pinky.Aww.






Hari kedua 3/2/16 under 18 y/o









Hari ketiga 4/2/16 pertandingan akhir

Masa ni baru lepas hujan.Lepas hujan hanya ada satu game sahaja.Nak menentukan johan dan naib johan.Aku di gelanggang 1 bersama Alin dan Ain.

Hamboi2 bukan main lagi.


Yang cekak pinggang tu Fareha(WA),skirt pink ungu.

Game is over 

Semesti di sebelah kanan. Masa ni permainan dah habis.SEMESTI menang.Walaupun mereka menang mereka sorak sekali dengan pemain SHUMEL.Merendah diri... tu la yang boleh menang.



Gila sedih aku pada hari terakhir pertandingan.Kecekalan para pemain di peringkat akhir sungguh buat aku rasa hiba.Mereka semua main sungguh-sungguh.


Walau kena tolak dengan pemain lawan mereka tak kisah pun dan senyum.Pastu terus bermain seperti biasa^^


Kita hidup bukan untuk belajar je. Kena seimbangkan dari aspek intelek dan jasmani. Kan best kalau ulang balik masa.Nak juga main bola jaring…….Tapi aku sedar, yang berlaku tetap akan berlaku.Benda dah jadi mana boleh ubah.


Oh ya...masa pertandingan, bila pasukan berjaya jaringkan gol.Akan ada ahli simpanan yang bersorak.


Misalnya SEMESTI , mereka akan bersorak bila pasukan mereka gol sahaja.Sorakkan diorang macam ni,

“Good job,good job,good job”,sebut laju-laju sambil tepuk tangan.


Yang aku tahu yang bersorak hanya SEMESTI, SABDA dan STARS je.


Tapi STARS sorak jugak bila pasukan lawan jaringkan gol.Macam ni,


“It’s okey.it’s okey.Fight,fight,fight”


Bila pasukan gol, sorakkan mereka sama je mcm SEMESTI gan SABDA.Meniru agaknya.Tak tau ai.

Okey takat tu je aku nak kongsi.

p/s : Gambar tu aku senyap-senyap ambil.Cikgu kata orang laki takleh tengok orang perempuan loncat-loncat.Jadi, tengok je ya perempuan.Readers lelaki takleh tengok. Sorry ya pihak sekolah.Ai tak sengaja ambil gambar :P Kohkohkoh

Tiada ulasan: