Ahad, 10 September 2017

I am coming .... IIUM!




 Assalamualaikum





5 September 2017, aku bertolak ke IIUM Gombak pukul 4 pagi. Sampai sana pukul 8 pagi . Aku pergi ICC Hall sebab pak guard kata daftar situ. Kemudian aku lihat semua pelajar-pelajar baru pergi ke mahallah masing-masing. Ok fine, aku terus ke mahallah Salehuddin, mahallah atas bukit dan mahallah yang paling jauh antara banyak-banyak mahallah. Itulah rumah aku sepanjang di UIA. 


Dah daftar mahallah kakak aku gan abang ipar tolong angkat barang masuk bilik kemudian kami pergi makan kat kafe Mahallah Zubir. Kafe Mahallah Zubir besar yang amat. Ada lebih kurang 30 jenis lauk dan sayur. Well, lepas makan nasi aku minta abah tapau nasi untuk aku. Alhamdulillah hari pertama aku tak beli apa-apa. Jimat wang aku uolls. Sekarang dah tak kerja tak boleh dah nak demand. Makan je bekalan yang mama bagi. Insyallah berkat dan sihat waalfiat.




Jadi, lepas makan semua abah hantar pergi mahallah. Di situ lah mereka tinggalkan aku. Huhuhu, sedih sebab mana pernah aku duk asrama sepanjang aku masuk sekolah.



Dan mulanya Taaruf Week kira orentasilah bagi dak-dak UIA/IIUM yang dikelolakan oleh dak-dak senior. Mulai detik itu kami semua digelar sister. Acah2 inggeris sangat. 







Buat matrik kad







Dekat stadium Syyaidina Hamzah








Majlis Ba'aih, rasmi dah jadi dak UIA







Dalam main hall.








Sebelum test tilawah






Test EPT dan APT






Ni gambar aku gan kakakku.


Okey, ada masa aku taip lagi. Doakan kejayaan aku di sini.



Assalamualaikum <3





4 ulasan:

Maria Firdz berkata...

Selamat belajar....

Kim Chaa berkata...

Tahniaaah dapat sambung UIA. Moga dipermudahkan segala urusan :)

Farah Huda berkata...

TQ Maria Firdz :)

Terima kasih Kim Chaa.

Mazni Munawar berkata...

tahniah dah sambung degree! saya dulu selalu berangan nak masuk IIUM tapi apakan daya kos yg kita nak takde pulak :D

all the best kat sana!