Selasa, 11 September 2018

Pengalaman bekerja semasa cuti sem




Assalamualaikum.


Sudah lama aku tidak menaip entry di blog ini. Meninggalkan blog ini berhabuk kerana kesibukan dengan kehidupan seharian. Okey, sekarang aku dah masuk sem baru dan genap week 2 di UIA Pagoh. Assignment dah siap, ada lagi yang bakal menyusul. Jadi, ada masa terluang ini, meh aku ceritakan sedikit pengalaman aku sepanjang cuti sem 3 bulan haritu.





Balik je Perak masa tu bulan Ramdhan, aku hanya duduk rumah dan tidak bekerja. Bila tibanya hari raya aku bekerja menjual takoyaki. Takoyaki tu berjenama Takoyaki Citarasa Asia by @takokuhq.  Aku kerja jual takoyaki ni dalam 3 hari je.


Ni lah rupa takoyaki takoku.hq



Kemudian, aku ikut kakak sulung balik Pahang. Aku ingin mencari rezeki di negeri orang. Maka tinggallah aku kat rumah sewa dengan kakak aku yang lagi sorang, kak Ain. Kat rumah sewa kami duduk berlima, kak Ain, Mak Ngah, Fafa, dan Shuhada. 









Benarlah orang kata, hidup dengan kawan-kawan tak sama bila tinggal dengan mak ayah. Tapi, sis tabahkan hati… niat nak dapat pengalaman dan berdikari hidup sendiri dengan bantuan kakak ku dua orang tu.






Kemudian, tibalah masa aku nak balik Perak. Aku ragu-ragu sama ada nak balik pada 21 Ogos atau 28 Ogos sebab Hari Raya Aidil Adha pada 22 Ogos. Akhirnya aku last kerja di Super Cowboy pada 20 Ogos 2018 dan balik Perak malam 21 Ogos. Maka tamatlah kerja aku sebagai pembantu jualan di pasaraya borong tersebut. Pada hari terakhir aku bekerja, rasa sedih dan sayu sebab akan meninggalkan kerja yang aku dah buat selama 2 bulan. 





Kakak  dua orang ni belanja lunch hari last day kerja




Aku agak terkilan sebab dulu selepas STPM aku ada memang kerja di Super Cowboy tapi sebagai juru wang. Boleh baca di sini. Bila aku kerja semula, ramai yang kecam aku… termasuklah supervisor aku. Rasa sedih pulak. Kata-kata supervisor aku yang masih aku ingat,




“Kau seperti burung yang terkurung dalam sangkar, sudah dilepaskan tetapi masuk ke dalam sangkar semula”,




“Huda kenapa tak nak kerja kat tempat lain, kerja yang lagi mudah. Macam kedai runcit ke. Kerja kat sini berat. Orang perempuan tak sesuai kerja sini sebab kena angkat barang berat-berat”,




Tapi tidak mengapa, pengalaman bekerja kat sini aku tak boleh lupa sampai bila-bila. Pada masa yang sama, aku kenal dengan ramai kawan baru dan ada juga kawan lama yang masih kerja di situ. 





Masa aku mula-mula masuk kerja, aku ditempatkan di Blok A, blok paling mantap sebab semua pekerja blok A namanya bermula dengan Huruf H, Hairul, Hafizol, Hafizuddin dan Huda. Kemudian, seminggu sebelum aku nak berhenti kerja aku dipindahkan di blok HIJ. Kawan-kawan blok HIJ semuanya perempuan kecuali Boy. Aku pindah blok HIJ sebab aku dah nak berhenti  kerja, jadi office nak bagi pekerja di blok A berdikari tanpa aku. Hehehe, kelakar tapi itu lah hakikatnya. Disebabkan aku dah tak ke blok A, datanglah Hairul(kapten aku di blok A) bertanya khabar aku di blok HIJ. Kawan-kawan blok HIJ yang aku takleh lupa ialah Kak Moni, Kak Syira, Mak ngah, Kak Ita, Syamimi dan Boy.








Lepas raya Haji, aku kerja di kantin sekolah sains di kampung aku. Memandangkan lagi seminggu aku nak balik UIA Pagoh, aku hanya kerja 5 hari di kantin. Aku kerja dari pukul 6.40 pagi sehingga 6 petang. Pengalaman yang aku timba di kantin sangat seronok sebab aku belajar cara penyediaan makanan yang betul. Di kantin aku juga dapat kenalan baru iaitu Mak Ity, Aini, Kak Gee, Kak Zah, Kak Siti dan Mak Intan. Semoga cuti sem akan datang aku dapat kerja di kantin semula selepas ambil kursus penyediaan makanan.


Kerja kat kantin kita kawan dengan mak-mak



Sekian itu sahaja cerita cuti sem aku.Dapat aku simpulkan aku bekerja 3 kerja iaitu kerja jual takoyaki, pembantu jualan di Super Cowboy dan kerja kantin. Alhamdulliah I glad to meet them in my life. Semoga kita ketemu lagi my workmates.



“Macam mana nanti kita satu tempat kerja, mesti aku buat-buat tak kenal kau”, -Boy

2 ulasan:

Unknown berkata...

Masa saya cuti sem pun saya kerja kilang. Best sebenarnya. Dapat simpan 1k masa cuti sem pun dah rasa banyak sebab bila study nak pakai duit banyak lagi.

Rahsia Hati Huda berkata...

Ouh kerja kilang... bestnya, dapat pengalaman baru dan kenal kwn yang berbeza latar belakang. Betul tu kita kerja dapat duit belanja masa di universiti.