Jumaat, 13 September 2019

Cuti sem sudah berlalu


Assalamualaikum kawan-kawan.






Sudah lama rasanya tak menaip di blog. Okey lah, sekarang baru seminggu aku daftar masuk UIA. Jadi masa yang terluang ni boleh lah aku kongsikan pengalaman semasa cuti semester. Cuti semester kali ni agak lama, lebih kurang 3 bulan. Lama pon terasa ekejap je dah habis cuti. padahal rasa macam semalam je baru balik rumah. HAHAHAHAHA.

Tanpa melengahkan masa lagi, meh aku ceritakan…

Balik rumah haritu masih bulan Ramadhan. Jadi aku duduk kat rumah sahaja. Selepas sehari kakak aku balik rumah lebih kurang selepas seminggu raya aidilfitri. Bos kecik suruh datang kerja. Jadi aku mula bekerja di kantin sekolah menengah sains.


First time inchi bos letak nama kat papan putih. Semorang excited.


Kerja nya macam kerja orang dapur. Sediakan makanan, susun makanan, susun minuman, basuh pinggan mangkuk, lap pinggan, basuh periuk dan lain-lain lagi. Kantin sekolah ini ada juga menyediakan perkhidmatan catering. Jadi, kalau ada catering aku join aje, tapi aku datang pukul 7 pagi. Pekerja tetap datang pukul 2 pagi sebab diorang dah biasa. Muhehehhe. Aku hanya kerja kantin selama sebulan sahaja. Alhamdulillah banyak aku dapat pengalaman kat situ. 



Oh ye, kalau nak kerja kantin ni kena ambil suntikan pengendali makanan. Boleh je nak suntik kat klinik awam atau swasta. Kalau nak cepat kat klinik swasta sebab kalau kat klinik awam kena tunggu orang ramai baru boleh suntik. Gituuu. Pastu, kena pergi kursus pengendalian makanan. Nanti lepas habis kursus dapat sijil. Jadi kena ada dua benda kalau korang nak kerja kantin. Suntikan dan kursus.




Geng membawang. Geng mak-mak.


Kat sekolah ni aku ada join larian, mcm tahu2 je aku nak kurus. HAHAHAHAHA.



Jika ada masa terluang pada hari sabtu ahad dan kalau aku tiada catering aku meniaga takoyaki. Aku berniaga di waterfront Bagan Datoh. Kerja ni dari pukul 4 pm – 10.30 pm.



 
Takoyaki panas-panas. Nyum nyum.


Kerja meniaga takoyaki lagi mudah sebenarnya dari kerja kantin sebab kerja takoyaki hanya memerlukan fokus semasa mengolek-golekkan takoyaki. Ahhh gitu. Di samping itu, aku kena sediakan bahan-bahan untuk memasak takoyaki dan memasak pada kelajuan maksima kerana customer nak cepat kan. Oh ya, takoyaki yang aku meniaga ni orang order baru aku buat. Cengitu.

Takoyaki ni aku tak bubuh bonito flakes lagi :)



First time aku berniaga kat pasar malam, biasanya aku niaga kat waterfront je.



Aku berhenti kerja kantin sebab nak ambil lessen kereta. Sebenarnya lama dah aku nak ambik lessen kereta, tapi baru ni berkesempatan. Sebelum ni aku ambik lessen motor semasa bekerja di Super Cowboy. Boleh klik sini kalau nak baca pengalaman aku bekerja di sana. Aku pakai ejen, ada orang yang hantar ambik tu. Alhamdulillah akhirnya aku lulus. Tapi tak berani lagi nak bawak.



Semoga aku berani bawak kereta pasni.



Selepas itu, aku duduk rumah. Menghabiskan sisa-sisa cuti yang masih tinggal. Semasa aku di rumah, aku ada jugak pergi meluangkan masa pergi ke Teluk Senangin dan Kuala Woh.

Okey itu sahaja pengalaman yang aku perolehi sepanjang cuti semester 3 bulan. Kenangan bersama kawan-kawan kerja, ejen lesen dan pengalaman menjual takoyaki takkan dapat aku lupakan. Terima kasih untuk 3 bulan ini.


Selamat tinggal kantin! Banyak kenangan kita bersama. 


Ketemu lagi di lain entry. Bye2




10 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

wow bestnya cuti dimanfaatkan. saya cuti 2 bulan memang duduk rumah saja, haritu je keluar gi jenjalan haha.

btw amek lesen kereta berapa lama? macam sekejap sangat je :o saya pun plan nak amek lesen kereta haritu tpi mak cakap takut tk sempat. tempoh dia sebulan jeke?

Rahsia Hati Huda berkata...

@Mazni : Hehe. Boleh la... Bestnya duk rumah, dapat luangkan masa bersama keluarga. Saya ambik lesen kereta sebulan lebih. Nak dekat 2 bulan. Kan, saya pon rasa sekejap. Tup tup dah dapat lesen kereta. Alhamdulillah. Ouh, kalau macam tu ikut lah ckp mak. She know the best for you :)

Eeiou_ berkata...

Rajinnya. Pergi meniaga lagi.
Wish you all the best for your studies :)

Rahsia Hati Huda berkata...

@Eeiou : Malas sebenarnya. Tapi sebab nak cari duit belanja lupakan malas tu. Hahahaha

Adam Faiz berkata...

Bestnya cuti semester 3 bulan! Semester break kat UiTM paling lama pun sebulan lebih :( (I don't know if it just me). Selalu cuti sem duduk rumah je sebab cuti sem je boleh berehat dengan tenang xD

Rahsia Hati Huda berkata...

Adam Faiz : Ouh yeke. Baru tahu... Duk rumah pon best dpt rehat dan meluangkan masa bersama keluarga. Heee :)

iam.umifuzy berkata...

anak2 saya pun kalau cuti sem 2 bulan mesti kerja untuk cari duit poket hee

salam kenal dari www.iamfuzy.com

Rahsia Hati Huda berkata...

Fuzy Hamid : Bagusnya.. keep it up :)

Amira Azhar berkata...

Assalammulaikum. bagusnyaaa wak :D
sayaa suka!!!

Rahsia Hati Huda berkata...

Amira Azhar : Terima kasih Mira :)