Assalamualaikum semua.
Beberapa hari lepas aku baru saja habis menonton satu Chinese drama yang bertajuk Legend of Fei yang mempunyai 51 episode.
Baiklah, mari kita lihat siapa watak-watak
dalam drama ini,
Zhao
li ying sebagai Zhao Fei
Wang
Yibo sebagai Xie Yun/ Xiao Chuan/An Zhi
Watak lain:
Chen
Ruo Xuan sebagai Li Sheng
Zhou
Jie Qiong sebagai Li Yan
Che
Xiao sebagai Li Jin Rong
Zhang
Hui Wen sebagai Wu Chu Chu
Zong
Feng Yan sebagai Zhao Yi Tang
Hu
Bing sebagai Li Zheng
Geng
Le sebagai Shen Tian Shu
Legend
of Fei mengisahkan seorang perempuan bernama Zhao Fei yang tinggal di kampung
48 bersama ibunya Li Jin Rong dan ayahnya, Zhao Yi Tang. Fei juga mempunyai dua
orang sepupu bernama Li Sheng dan Li Yan. Awal cerita dimulakan dengan kisah Li
Sheng yang ingin keluar dari Kampung 48 melalui sungai Ximo tetapi dihalang
oleh Fei. Sungai Ximo mempunyai perangkap Qianji seperti benang yang tajam
seperti pisau laju seperti angin. Kemudian datang seorang lelaki bernama Xie
Yun yang menyelamatkan mereka berdua. Xie Yun datang ke kampung 48 kerana ingin
menyerahkan pesanan kepada ayah Fei, Tuan Yi Tang. Setelah itu, Tuan Yi Tang
turun dari kampung 48 untuk mengetuai tentera Anping. Siapa Xie Yun sebenarnya?
Fei
sangat marah kepada Xie Yun kerana ayahnya pergi meninggalkan kampung 48.
Biasalah, masa tu Fei tak tahu dunia luar lagi. Namun pemergian ayahnya
merupakan satu arahan dari pihak kerajaan. Fei pula sering dimarahi oleh ibunya
Jin Rong. Fei sering mengadu kepada ayahnya. Oleh itu pemergian Tuan Yi Tang
merupakan perkara paling sedih dalam hidup Fei.
Setelah
beberapa bulan, Fei dan sepupunya Li Sheng memasuki peperiksaan sebelum boleh
pergi dari kampung 48 untuk mengembara dan melihat dunia luar. Akhirnya Fei dan
Li Sheng berjaya dalam peperiksaan itu. Mereka berdua turun dari kampung 48
ditemani oleh seorang nenek bernama Wang untuk menyelamatkan dua orang adik
beradik iaitu anak kepada Jeneral Wu yang diarahkan oleh Jin Rong. Dalam
perjalanan Fei terpisah dengan nenek Wang dan Li Sheng. Kemudian nenek Wang
terbunuh. Fei pula jatuh ke dalam perangkap dan melihat satu dinding yang
berlubang. Dia mendengar seseorang memanggil dari lubang di dinding tersebut.
Rupa-rupanya orang itu adalah Xie Yun yang terperangkap dalam penjara hitam.
Li
Sheng meneruskan penggembaraannya secara solo. Fei akhirnya berjaya
menyelamatkan kesemua orang yang terperangkap dalam penjara hitam sebelum
penjara bawah tanah tersebut meletup. Seorang datuk bernama Chong Xiao
memberikan Fei sebuah peta dari puak Qi. Li Sheng juga bertemu dengan Chong Xiao
dalam perjalanannya. Chong Xiong mengajarkan Li Sheng tentang pergerakan perangkap dalam hutan larangan. Selain itu, Li Sheng juga belajar
mengenai kunci lautan langit dari datuk tersebut. Kemudian Chong Xiao pulang ke
kediamannya di lembah ubat kecil.
Selepas
dari kejadian letupan penjara hitam, Fei meneruskan perjalanannya bersama Xie
Yun. Pelbagai masalah diharungi bersama. Dalam perjalanan, mereka telah bertemu
dengan kawan lama datuk Fei(Li Zheng) iaitu Duan Jiu Niang seorang yang mahir dalam
Kungfu Pong xue. Dia telah memasukkan Kungfu cakar ke dalam badan Fei. Fei telah jatuh sakit dan perlukan rawatan segera. Setelah
itu, Xie Yun membawa Fei bertemu dengan ketua kumpulan tarian Yuqi yang bernama
Ni Sheng, juga kawan lama datuk Fei.
Puan
Ni Sheng mengingati akan datuk Fei yang menyelamatkannya, jadi dia tanpa
teragak-agak terus menyelamatkan cucu kawan lamanya itu. Semasa dalam
perjalanan Xie Yun dan Fei telah bertemu dengan beberapa orang jahat. Salah
seorang adalah ketua Disha iaitu Shen Tian Shu. Dia mencari petanda lautan
langit untuk kepentingan peribadi. Sebenarnya Shen Tian Shu adalah seorang tentera Anping, namun atas beberapa perkara beliau keluar dari tentera dan menjadi ketua Disha.
Sebenarnya
Fei dan Xie Yun tidak tahu apakah itu lautan langit. Tanpa sengaja mereka
menjumpai kesemua petanda lautan langit satu persatu ditemani Li Sheng, Wu Chu Chu, Li Yan, Yang Jin dan Ying He Cong. Shen Tian Shu mengejar
mereka dengan orang bawahannya. Adakah lautan langit boleh dibuka? Apa
sebenarnya lautan langit? Kenapa ramai
orang mencari lautan langit?
Dari segi lakonan tak dinafikan lagi Zhao liying merupakan pelakon terbaik di China. Wang Yibo pula yang meningkat naik populariti beliau selepas membintangi The Untamed lakonannya juga boleh tahan. Watak Xie Yun yang peramah berbeza dengan personaliti beliau yang agak pendiam. Watak yang paling jahat dan menakutkan semestinya Shen Tian Shu. Setiap watak masuk satu persatu dalam drama ini. Dalam pada itu terdapat juga scene yang kelakar dan romantik. Sangat comel. Hehehe.
Setelah melihat behind the scene mereka telah menggunakan green screen dan blue screen dalam beberapa scene. Tapi penyuntingan yang menarik dan nampak real. Memang susah nak berlakon drama wuxia dalam dunia moden sekarang, jadi pilihan yang ada cuma green screen dan blue screen. Nasib baik China ada Hengdian World Studio antara studio paling besar di dunia. Jadi ada istana dan kawasan perkampungan dulu-dulu. Yang paling aku tertarik adalah manisan, makanan kering dan itik pengemis. Sumpah kelakar scene itik pengemis tu. Hahahaha. Dari segi kostum/pakaian sangat cantik dan semuanya nampak baru kecuali pelakon tambahan yang lalu lalang. Baju Zhao Fei cantik ada kembang kat bawah.
Setiap watak berjaya berlakon dengan baik. Kalau sesiapa yang berminat drama yang lawan-lawan pedang atau martial arts, aku recommend korang tengok drama ni. Scene lawan pedang zhao liying memang terbaik!
Aku bagi 9/10 bintang untuk drama ni.
2 ulasan:
drama korea seperti tak pernah ada habisnya, cerita asik untuk di ikuti
@Agus Setiawan: Benar. Tapi ini dramachin mas. Muhehe :v
Catat Ulasan