Assalamualaikum semua
Harini aku nak share satu Japanese drama yang memang aku nantikan sejak diumumkan drama ni akan diremake. Sebenarnya drama ini diremake daripada lagu Utada Hikaru. Sebenarnya ni remake kedua. Ada drama pertama bertajuk Sky of Love pada tahun 2007 daripada novel Mahou No Airando (魔法のiらんど).
Aku excited giler nak tengok drama ni lagi2 Takeru Satoh pelakon utama dia. Kalau korang pernah tengok takeru berlakon korang mesti tahu skill lakonan dia macam mana. Korang boleh tonton drama Love Last Forever. Citer tu best giler dapat banyak award. Hehew
Sinopsis :
Drama first love mengisahkan percintaan remaja iaitu Yae Noguchi dan Harumichi Namiki. Namiki jatuh hati dengan Yae ketika dalam train yang sama ke ujian memasuki sekolah tinggi. Yae pula jatuh cinta kpd Nakimi semasa hari pertama di sekolah tinggi. Kecantikkan Yae membuatkan dia digilai ramai lelaki di sekolah. Ramai lelaki cuba memikatnya tapi hatinya tetap pada Namiki.
Akhirnya mereka berdua jatuh cinta dan menjadi pasangan kekasih. Banyak memori indah mereka misalnya pergi ke pokok lilacs, tengok filem titanic, dengar lagu first love sama2, jumpa ayah Yae, Yae masuk pertandingan pidato bhs inggeris, main salji dan sebagainya. Namun mereka terpaksa berpisah kerana Namiki memilih utk jadi air force dan Yae sambung bljr ke universiti. Mereka mula bercinta jarak jauh. Mereka hanya berhubung melalui telefon. Suatu hari Namiki menemui Yae di Tokyo.
Tapi ada tragedi yg mengubah hubungan mereka. Yae kemalangan dan disahkan menghidap amnesia. Dia telah lupa memori 5 tahun yang lalu. Segala tentang percintaan mereka Yae langsung tak ingat. Namiki berusaha untuk mengejar kembali cinta Yae, dia utuskan bnyk surat utk Yae. Tapi sepucuk surat pon Yae tak pernah baca sebab disimpan oleh ibunya. Ibunya tak mahu Yae mengingati Namiki. Dia tak mahu Yae hidup susah sepertinya. Kemudian Yae berkahwin dengan doktor yg merawatnya dan dikurniakan seorang anak lelaki. Namiki meneruskan kehidupan dengan rasa kehilangan.
Selepas 20 tahun mereka bertemu kembali disebabkan anak Yae. Yae masih tak ingat apa-apa tentang Namiki. Namun, rasa cinta masih wujud dalam diri Namiki. Dia masih mencintai Yae seperti 20 tahun yang lalu. Yae bercerai, tidak menghabiskan pengajian dan bekerja sebagai pemandu teksi di Sapporo. Kehidupannya berubah tanpa disangka. Walaupun perit dia tetap meneruskan kehidupan utk kebahagiaan anaknya, Tsuzuru. Namiki kemas brg utk kerja di luar negara, Tsuzuru mengambil mp3 Namiki. Kemudian dia dengar lagu first love di mp3 tersebut bersama ibunya Yae. Yae menangis dan mula mengingati memori indahnya bersama Namiki. Dia pergi menemui Namiki untuk mengejar cintanya.
Sorry sebab dah cerita semua, tapi aku cerita ni one way tau. Sebenarnya cerita ni tak citer direct sebab ada time frame dan kejap masa sekarang, kejap throwback. So, kalau nak tahu cerita ni mesti tengok!!! Cinematography dan scenery dalam citer ni memang cantik. Kita dapat lihat keindahan bumi Jepun.
1 ulasan:
tak sangka remake dari sky of love.. tapi pernah tengok satu drama lama guna lagu ni tajuk dia forbidden love.. dari situ suka gila dengan lagi utada hikaru ni
drama ni best! sedih! yang tak best tetiba ada scene yang tak patut ada pun takpa. haha kecewa sikit
Catat Ulasan