Selasa, 19 Julai 2016

Jamuan Raya




Assalamualaikum



Aku mengucapkan Selamat Hari Raya. Kita masih bernafas untuk merasai nikmat raya. Pada jumaat lepas 15/7, telah diadakan Majlis Simfoni Raya di sekolah aku.Jamuan raya di sekolah ini dah jadi biasa bagi aku biarpun tahun ini kali ke-2 beraya di sekolah.



Selama seminggu sebelum hari jumaat, counsellor sekolah memberi taklimat tentang program ini. Etika berpakaian, pakai kasut apa, kedudukan setiap kelas di dewan, suruh setiap kelas  berbincang tentang makanan dan lain-lain. Maka, jenuhlah kami mendengar perkara yang sama sepanjang minggu ini.


Tentatif program :


Datang sekolah macam biasa pukul 7.

7.20 pagi –Berbaris ikut kelas macam setiap hari.

7.40 pagi –Masuk ke kelas, bawa makanan,tikar,polisterin, dan lain-lain ke dewan terbuka.

9.45 pagi –Majlis bermula.


Majlis dikendalikan oleh 2 orang pengacara dari kelas 6 rendah iaitu EMA dan pasangannya lelaki. Yang pengacara lelaki itu aku taktau nama dia biarpun aku jadi fasi kumpulan dia masa buat ice breaking.


Semasa majlis, kami dihiburkan dengan persembahan nyayian daripada pelajar, murid dan guru-guru. Ada yang nyayi lagu raya dan lagu Indonesia, aku taktau tajuknya. Bila pelajar tersebut menyanyikan sebuah lagu Indonesia yang aku tidak ketahui tajuknya, maka dewan bingit kerana para pelajar menyanyi bersama. Kalau kome nak tahu, lagu ni dah kali ke-3 dinyayikan di atas pentas terbuka stars selekoh tapi masih menjadi igauan setiap pelajar. Aku tak masuk dalam kategori itu. Kalau nyanyi tu laju, kalau nak siapkan kerja sekolah....


Dan kami juga mendengar si pengacara menemubual beberapa orang responden dari kalangan murid, pelajar mahupun guru untuk menyampaikan ucapan hari raya.




10.30 pagi –Makan.

11.30 pagi –Kemas dewan bersama-sama. Lipat tikar,susun kerusi, kemas meja yang kita dah susun segala tupperware.

11.45 pagi –Bersedia meninggalkan dewan terbuka.
Sebelum meninggalkan dewan, kami seisi kelas 6A1 melihat sekitar dewan. Melihat pelajar yang masih belum pulang, yang asyik berselfie dan bergelak ketawa. Mungkin ini kali terakhir kami beraya bersama-sama kawan di sekolah.


Bagi aku, program raya tahun ini lebih lancar dan ringkas. Tahun lepas agak padat. Pengacara tahun lepas kawan sekelas aku, FARA dan FAKHRI. Mereka jenis yang tak renti bercakap. Ada sahaja celoteh mereka, sama macam dalam kelas terutamanya Fakhri. Hehe.


Tahun lepas ada pertandingan mengayam ketupat dan pelbagai lagi pertandingan.


Tahun lepas juga, para pelajar dan murid duduk bercampur lelaki perempuan. Kami bentang tikar dan duduk di atasnya.


Tahun ini, ustaz selaku ketua guru disiplin mengarahkan kami agar tidak duduk bercampur. Jaga iktilat. Perempuan duduk atas tikar, lelaki duduk atas kerusi di sekeliling dewan (di bawah khemah)
Aku harap aku dapat merasai nikmat beraya dekat sekolah suatu hari nanti. Akan ku kenang segala kegembiraan kami beraya di sekolah agar memori ini kekal dalam ingatan.




Maka sudah berakhirnya Hari Raya kami di sekolah sebagai pelajar tingkatan 6. 



Okey itu sahaja untuk kali ini. Assalamualaikum.

Tiada ulasan: