Selasa, 12 Julai 2016

Cerita korea



Hai.


Dah lama rasanya tak menonton drama korea. Bermula dari tingkatan 4 dah tak menonton. Malah lagu korea juga memang jarang dengar.



Semasa cuti 2 minggu ini, dalam 3 hari aku menonton balik satu drama korea yang paling aku suka. Drama ini ada 16 episod. Ceritanya sangat best dan rasa nak menonton lagi biarpun dah tengok 3 kali. 


Haritu, masa form 5 mak tengok dengan kakak. Kakak aku kata best best. Terpengaruh la mak aku. Masa kecik-kecik dulu mak suka tengok cerita korea kat tv8, antaranya My sassy girl, my princess, my girl, stair away from heaven(ejaan nih aku dah lupa), wonderful life dan banyak lagi. Aku pun tengok la sekali cerita korea tu. Masa tu budak-budak lagi.





Drama korea yang aku tonton hari tu tajuknya Sly and single again atau Cunning Single Lady.




Jalan cerita sangat menarik. Ada banyak unsur saspen. Ada sedih-sedih, lawak dan dll. Pelakon korea yang menjayakan watak hero dan heroin sangat hebat sebabnya mereka berpengalaman. Umur pun dah masuk 30an.


Mari lihat gambar-gambar yang berkaitan dengan drama ini :







Heroin






Hero











Pengajaran cerita :



Fikir dulu sebelum berkahwin. Fikir tentang masa depan untuk menjamin kehidupan yang bahagia. Seperti dalam cerita ini memang realiti. Orang yang tak kerja nak beristeri. Hero dalam cerita ni dah berhenti kerja dan duduk tengok laptop sepanjang masa, jadi isterinya minta cerai. Kemudian Ae Ra kena kerja 4/5 kerja dalam suatu masa sehingga dia keguguran. 




Cerita ni aku tak boleh sangka pengakhirannya. 



Na Ae Ra, heroin kahwin dengan Cha Jeong woong sebab dia tak berpelajaran tinggi jadi ayah dia suruh dia kahwin dengan jeong woong sebab hero belajar kat universiti. Jadi Ae Ra, nampak macam lurus je... baik pula tuh, terpikat jeong woo.


Dah bercerai beberapa tahun selepas itu mereka kembali bersua muka. Jeong woo dah lain. Dah kaya, CEO pula tu.


Ae Ra minta kerja dekat syarikat bekas suaminya. Dia diterima sebagai pelatih.

yang bestnya, masa Ae Ra nak berhenti kerja ketua dia kata :

Awaklah pelatih yang paling baik yang pernah saya ada.



Masa cerita ni, ada juga imbas kembali zaman perkahwinan mereka yang sangat manis.


Yang paling aku suka adalah episod terakhir drama ini. Beberapa minit sebelum drama ini tamat.  :)


Nak tahu cerita lebih lanjut?






Dan ...


ada lagi sebuah drama korea yang sangat best. Tajuknya She was pretty. Aku tengah drama ini bertiga bersama kakak aku dekat astro saluran 394. 


Drama ini mempunyai 16 episod dan ditayangkan pada malam raya dan hari pertama raya. Ya, 2 hari sahaja. Maraton menontonya. Tapi ada 6 episod aku tak tengok sebab aku tidur dan pergi beraya.


Yang paling menarik adalah dalam alih suara bahasa korea kepada bahasa Melayu. Aku suka mereka cakap bahasa Melayu. Aduhai, oh tuhan < Yang ini paling kelakar.







Google




Oh ya nak tahu sinopsis?



Boleh lah search di internet. Aku dah lama tengok cerita ni dan hampir lupa dengan watak-wataknya.


Drama ini sangatlah best kerana semua pelakon memainkan watak dengan jayanya. Mereka berlakon bersungguh-sungguh dan nampak real. Masakan tidak, drama ini sahaja berjaya merangkul 11 anugerah dan menjadi drama paling popular dan hits tontonannya.



Bila aku menonton cerita ni kan, aku senyum sebab kelakar dengan semua watak terutamanya watak yang dibawa oleh Choi Si Won.



Seronok aku lihat persahabatan heroin dengan kawannya, Ha-ri. Mereka sahabat yang paling baik dan ikhlas dalam persahabatan. Selalu sahaja gaduh-gaduh manja membuatkan hubungan persahabatan mereka lebih erat. Mesti seronok kalau dapat kawan macam mereka berdua ni. 

Selalu memberi semangat antara satu sama lain dan meraikan apa sahaja bersama. Dan Ha-ri juga tak malu berkawan dengan orang macam heroin yang tak berapa cantik dalam drama ini.


Pengajaran yang aku perolehi daripada cerita ini ialah,


jadilah kawan yang baik sepanjang akhir hayat kita dan janganlah mempersia-siakan mereka.



Berjayalah dengan usaha sendiri tanpa mengharapkan bantuan orang lain.



Sentiasa berusaha dan jangan terus mengalah.



Hidup adalah satu perjuangan, pandang ke depan dan lalui segala rintangan untuk terus success.



Kita harus memenuhi cita-cita untuk memperoleh kepuasan.



Dalam cerita ini bukan kisah pasal hero dan heroin sahaja tetapi ada juga mengisahkan tentang banyak watak sampingan yang lain. Tetapi diceritakan secara ringkas dan padat.


Sweet, sweet ada tapi kurang. Yang paling penting adalah pengajarannya.


Bila menonton cerita korea kan, ada inspirasi. Rasa macam nak sentiasa ceria dan happy go lucky macam herion drama ini.



Jangan memandang paras rupa.


Okey, itu sahaja review dari saya. Sekian terima kasih :)





Assalamualaikum




Tiada ulasan: