Ahad, 3 Julai 2016

Bulan Ramadhan



Assalamualaikum. 



Hari ini, hari yang ceria. Ditambah dengan hangat cahaya mentari menyimbah bumi. Masa inilah guah buat lengkong kering. Haha.







Hari ini genap 28 ramadhan. Jadi, aku mahu tulis apa yang berlaku sepanjang bulan ramadhan.



Tadarus.


Di surau. Berkesempatan ikut tadarus waktu cuti sahaja. Mak dan kawan-kawan habis tadarus, khatam 30 juzuk dalam 10 hari. Alhamdulillah.

Di sekolah, ada 10 kumpulan tadarus, setiap kumpulan 3 juzuk. Baca sehingga 2 minggu. Sebenarnya 3 juzuk dah habis baca dalam seminggu, kemudian sambung terus bacaan.


Terawih


Terawih di surau. Awal terawih ramai jemaah dalam 3 saf. Kemudian berkurang menjadi 2 saf insyallah hingga akhir ramadhan.

Kali kedua  terawih di surau sekolah. Sangat best. Sebutan sebelum solat terawih disebut satu per satu dengan jelas. Pelajar yang jadi bilalnya, jadi agak terkejut gak.


Rumah


Sapu laman, kemas dapur, peti sejuk, sarung kusyen, basuh dapur dan kemas segala yang perlu dikemas. Aku buat sikit, dan mak aku kemas masa aku masih di sekolah.


Rancangan tv


Masa Ramadhan la aku dapat tengok hafazan di tv 1 pukul 6.30 pagi setiap hari.
Aku suka juga menonton rancangan ketuk-ketuk Ramadhan yang bersiaran pada jam 12.30 juga setiap hari. Aku kan teringin sangat nak melihat Idris Khan sebab aku minat lakonan dia. Akhirnya terccapai. Kelmarin dia di KKR.



 Masa Ramadhan juga ada drama Imam Mudaku Romantik. Kan masa hari ahad disiarkan terus 4 episod, masa tu lah aku tengok. Kadang-kadang ada yang tak tengok. Tv hijrah pula aku melihat orang di Mekah sembahyang Terawih. Saf penuh dan rapat, aku harap di Malaysia juga orang sembahyang rapat-rapat. Lagi khusyuk solat kalau saf disusun rapat.



Kuih raya


Dua minggu sebelum raya, hari khamis/jumaat baru mula membakar. Kami masak biskut nestum, popia nestum, biskut kacang dan lengkong kering. Kalau ada rezeki nak buat biskut susu dan biskut famous Amos. Kalau jadi… Mak dah masak awal. Mak masak  kuih goyang, kuih rempeyek dan kerepek pisang. 




Kakak pula masak biskut cornflakes dan biskut sarang semut. Rasanya cukup semua kuih raya tu. Nanti kakak balik bawa kuih raya. Mak kata nak masak kuih muih macam karipap. 
Mungkin jadi kut.


Mak kata nak bakar lemang, rebus ketupat dan mak ada juga buat nasi impit daun pisang. Kenyal-kenyal, sangat sedap dinikmati.


Rendang mesti rendang ayam kunyit. Biasanya mak buat serunding daging, rendang daging dan kuah kacang, tapi mak masak apa yang ada sahaja.



Baju raya



Ada orang belikan, kakak hamba tercinta. Terima kasih kak. Aku memang selalu gaduh dengan dia, tapi dial ah orang kedua ucapkan selamat hari lahir selepas mak. Ingat dia dekat adik dia nih.



Mercun


Sejak masuk alam sekolah menengah dah jarang dan memang tak main mercun. Perasaan raya dah kurang berbanding sewaktu kanak-kanak. Teacher kata, mungkin dah dewasa kena tolong mak. Masa kecik tak perlu tolong, kalau tolong mak suruh main jauh-jauh. Aku rasa pendapat teacher ada juga betulnya. 


Kepada anda yang masih teruja bermain merecun, jagalah diri anda. Berhati-hati bermain mercun.


Aku noktahkan entry aku dengan nota pendek.

Nota pendek : aku sedang membaca sebuah buku bertajuk hadiah buat anak : impian satu doa tulisan Muhd Kamil Ibrahim. Buku ini menarik dan penuh dengan motivasi hidup. Sesuai dibaca oleh setiap lapisan umur. Terbitan Blink islamic book sdn bhd


2 ulasan:

Tomodachi berkata...

waduh, bestnya dia

nurul rasya berkata...

selamat hari raya lol