Assalamualaikum, hai kawan.
Kelas 6A1
Tingkatan 6 tak asing dalam
kehidupan aku. Aku pelajar STPM tahun 2016. Aku tak sangka dapat juga masuk
form 6 biarpun lewat beberapa minggu. Aku rasa semua orang tak tahu secara
mendalam apa itu form 6. Jadi kali ini aku nak cerita serba sedikit tentang
form 6. *Amaran : entry ini panjang gila.
1. Subjek
Tingkatan 6 ada 3 aliran > Sains,
kemanusiaan dan agama
Subjek macam masa SPM. Tapi STPM
ambil minimum 4 subjek berbanding SPM yang kena ambil 9 subjek. Semua subjek
belajar kena betul-betul, takde soalan yang terus bagi kehendak soalan(kebanyakan).
Semuanya ada kata tersirat, macam HOTS.
Kelas 6A2
BM-Belajar tentang Bahasa Melayu
dengan lebih mendalam.
Sem 1-Belajar asal usul Bahasa
Melayu dan fonologi/sebutan, keratan rentas lidah, apa itu diftong,vokal
rangkap, pasangan minimal dan lain-lain
Sem 2- Tatabahasa.Tatatingkat
tatabahasa.Belajar morfem, kata, frasa, klausa, ayat.
Sem 3- Semantik. Best gila
belajar BM sem3, tak sesusah sem 2. Sem 3 paling senang sebab belajar
santai-santai, belajar wacana, variasi
bahasa, retorik, laras bahasa, semantik dan pragmatik. Benda ni semua ada di
sekeliling kita. Panggilan hormat, iklan, bahasa menggiat dan banyak lagi.
PAM-Wajib ambil. Minimum lulus
untuk masuk Universiti.
Sem 1- Belajar pasal negara. Kena
tahu bidang pentadbiran, perundangan, dan kehakiman negara. Belajar juga pasal raja dan sebagainya. Kalau kome
suka dan sayang Negara + minat = Insyallah sem 1 Pengajian Am boleh dapat A
Sem 2- Belajar buat media. Soalan
bagi petikan, dari petikan kena buat graf. Baru aku tahu cara nak buat graf
bar, garis, piramid, gabung dan garis komponen. Selalu tengok dalam media :
surat khabar, majalah, internet, dan tv je tapi kali ni kena ambil tahu. Kalau cuai
memang susah nak dapat markah. “Asas graf adalah bar”, kata Cikgu Shah.
Sem 3 - Dari jadual kita buat teks. Sem ini kita belajar hubungan antarabangsa. Belajar pasal OIC, PBB, KOMANWEL, MS-GT, ASEAN dan lain-lain.
SEJ- Belajar pasal sejarah yang
memang akan membuat semua orang bosan dan mudah tidur.
Sem1- Belajar sejarah dunia.
Pasal perang, imprealisme, kapitalisme, NATO, PBB. Sure senang kalau minat+nak
masuk u.
Sem2- Belajar tentang sejarah
Islam. Orang Islam kena malu kalau pelajar bukan Islam pun boleh dapat A ^^
Sem 3- Sejarah Malaysia dan Asia
Tenggara , belajar sejarah Malaysia lebih kurang macam sejarah tingkatan 5,
sejarah asia tenggara hanya belajar sejarah Vietnam, Myanmar, Singapura,
Indonesia, Filipina dan Thailand. Senang sangat, ingat senang semua kerja
mudah.
Masa sukan form 6. Kitaorang 6 Rendah masa ni.
EKO- Gila seronok. Ekonomi takleh
dipisahkan dengan duit. Hee
Sem 1-Mikroekonomi. Permintaan
dan penawaran, kira-kira, lukis graf pasaran persaingan sempurna, pasaran
persaingan monopoli, pasaran bermonopoli dsb. Kira best sem 1 sebab aku rasa
senang. Mungkin sebab aku ambil Ekonomi Asas lebih kurang sama dengan form 4.
Sem 2- Makroekonomi. Pasal
pendapatan Negara KDNK, KNK, KNB dsb. Belajar graf : kaedah AE-AS/Y , J-W,
AD-AS, Md-Ms. Belajar gak tentang bank. Teori kecairan Keynes : urusniaga,
awasan dan spekulasi, teori Fisher.
Sem 3- Ekonomi Malaysia. Belajar
balik bab Inflasi, Kemelesetan ekonomi, alat dasar kewangan, perdagangan antarabangsa,
kadar pertukaran asing, Perusahaan kecil dan sederhana, bank islam dan banyak
lagi. Sem 3 mudah sebab formula tak banyak, Cuma kena rajin hafal.
2. Kerja kursus
Senang, kena kuat, rancang
sebelum buat untuk mendapatkan hasil yang terbaik. Sir kata KK kami macam
thesis dekat universiti, cuma di form 6 buat yang simple. Tapi dekat u buat
lebih detail. Nak masuk u pun senang sebab dah ada basic nak buat thesis.
PAM- SEM 2
SEJ-SEM 2
BM-SEM 2&3
EKO-SEM 3
Banyak jugak pengalaman boleh
dapat bila jadi pengkaji, orang yang buat kajian. Seronok mengkaji, dapat
tenangkan fikiran walaupun aku kena korbankan duit, masa, tenaga, dakwat
printer dan bateri netbook. Untuk kerja kursus sem 2 aku ada buat entry. KLIK SINI
Teknik menjawab Pengajian Am
3. Kos
sara hidup
Pergi sekolah sendiri, mak ayah
bagi duit belanja sama
seperti di aliran arus perdana. Tak yah duduk rumah sewa. Boleh tengok tv
selalu :p masa cuti je, masa sekolah pulun belajar. Simpan duit sikit untuk
buat kerja kursus. Baucer buku RM250
budak form 6 dapat ikut rezeki. Pelajar form 6 yang isi borang biasiswa layak dapat biasiswa ikut
kelayakan. Duit biasiswa banyak gak. Aku tak kira berapa. Dalam surat biasiwa
tulis RM70/Satu sem, tapi aku keluarkan duit biasiswa banyak gak. Boleh beli
buku, bayar duit MUET, bayar ulangan : Kalau nak, baik belajar betul2, dapat
simpan duit. Banyak benda lain boleh beli -__- Sem 1 dengan sem 2 je boleh
ulang. Satu subjek RM50. Tak kira GST. Tambah GST jadi RM51.06. Kau ghase…
Biasiswa ni kalau nak dapat cikgu
kata ikut keputusan SPM, bilangan adik beradik dan pendapatn keluarga. Purata
budak yang dapat biasiwa dapat 4A ke atas masa SPM. Yang nak masuk form 6 tu,
kira form 6 ni bantu golongan yang tak mampu hantar anak ke diploma, matrik. Sebelum
masuk form 6, SPM dapatkan gred yang bagus dan niat belajar kerana Allah bukan
niat nak dapat biasiswa ye. Hihi. Oh ya, form 6 kena bayar : yuran, duit majalah
sekolah, duit kelas, duit baju Persatuan Pelajar Tingkatan Enam, duit baju
sukan dan duit yang nak pakai untuk persaraan guru, beli buku dan duit kelas. Sekolah
aku ada gak buat kutipan derma untuk surau dan murid yang kematian keluarga/murid
yang meninggal dunia.
Raya 2015
4. MUET
Muet macam bahasa inggeris.
Teacher kata macam BI masa PT3. Senang kalau kau minat English. Muet ada 4 task
: Reading, listening, writing and speaking. Semoga senang, insyaallah
dipermudahkan. Band 6 adalah band yang paling baik. Nak belajar ke luar negara
pun boleh janji dapat 4 flat + muet band 4 ke atas (BI masa SPM pun diambil
kira) dan lulus periksa sebelum ke oversea dan dapat tajaan.
Raya 2016
5. Ibadah
Masa form 6 la kena tambah
ibadah. Nama je orang Islam mesti buat ibadah ye dak Buat solat malam, solat dhuha. Masa bulan puasa ada tadarus al-Quran
tapi diwajibkan untuk budak KAA. Yang bukan KAA pun boleh turut serta (dekat
sekolah aku). Dan ada juga majis khatam al-quran. Berbuka&bersahur bersama.
Sebelum sahur solat sunat sama-sama.
Bukan itu sahaja, kita juga boleh baca
Al-mathurat. Baca masa pagi, petang baca kat rumah. Baca je kat perhimpunan
sebab ada gak budak KAA baca Mathurat. Masa rehat boleh lah buat solat dhuha.
Apa itu mathurat? KLIK SINI
Hari anugerah Kecemerlangan 2016
6. Pakaian
Tingkatan enam sekarang ni dah
boleh pakai baju kurung(perempuan) dan baju kemeja(lelaki). Sekolah aku
pengetuanya suruh kami pakai baju 3
kaler je, maksimum. Tudung pula tak payah nak digayakan. Pakai macam
tudung sekolah, cuma di pin di bahagian dalam. Yang paling penting baju dan
tudung warnanya tak menyerlah. Nanti lebih cantik/kacak dari cikgu. Hehe.
Peraturan berpakaian ikut sekolah.
Tuntasnya form 6 sangat menarik,
seronok, dan beri pengalaman baharu. Orang yang mengata form 6 kita takyah
dengar. Fikir senang semua jadi senang, berdoa. Jangan mudah percaya dengan
kata-kata orang. Masa duduk form 6 la kami jadi kuat. Kuat sebab tindakan orang
sekeliling yang menyisihkan pelajar form 6. Sedih dunia je, akhirat mesti
bahagia.
Akhir sekali semoga berjaya kepada semua pelajar form 6 untuk
peperiksaan setiap penggal. Buat sehabis baik untuk dapatkan 4 rata. Orang tak tahu apa itu form 6 melainkan mereka jadi budak form 6.
Dah graduated :) KLIK SINI
Form6 adalah lorong terakhir anda
kerana tidak dapat panggilan UPU?
Tidak benar. Kawan aku ada dapat
UPU dan matrik tapi tak pergi. Mereka lebih suka belajar di form 6 dengan senang hati,
sama juga dengan aku. Heee.
Yang nak masuk form 6 atau yang masih di form 6, aku doakan kome buat yang terbaik. Itu jalan hidup yang kau pilih, kau mesti teruskan dengan cemerlang. Semuanya boleh!
\
4 ulasan:
bestkn tgkt 6, tapi takut x mmpu nk fukus subjek..hihihi
kalau subjek stpm kan maksimum 5 subjek.memang kena ambil 5 subjek ke? minimum berapa subjek?
@unni anje : Haah best. Jika kita berusaha, kita kita akan berjaya. Fighting !
@unknown : Maksimum 5 subjek. Tapi kebiasaanya org ambil 4 subjek je. Memang ada kelebihan lah org yg ambil 5 subjek ni. Tapi bagi saya 4 subjek pun dah susah :)
Minimum 4
Catat Ulasan