Sabtu, 4 November 2017

Review School 2017

  Assalamualaikum


Dah seminggu aku tengok drama School 2017. Drama ni memang best giler.  Kalau korang tengok episode 1 mesti nak tengok sampai episode 16. Betapa bestnya cerita ni.


Hasil carian imej untuk school 2017


Pelakonnya :

Ra Eun Ho - Park Se Jeong (Penyanyi Gugundan / I.O.I )
Hyun Tae Woon -Kim Jung Hyun
Song Dae Whi - Jang Dong Yoon
Hong Nam Joo - Seol In A
Oh Sa Rang - Park Se wan
Kim Hee Chan - Kim Hee Chan
Seo Bo Ra -Han Bo Bae
Sim Kang Myung - Han Joo Wan


Imej yang berkaitan


Drama ni mengisahkan pelajar-pelajar dalam sebuah kelas. Drama ni hanya cerita kisah satu kelas sahaja. Aku pun pelik. Macam kelas lain takde orang. Biar lah.

Bila mula-mula tengok drama ni aku rasa best dan nak tengok lagi. Jalan cerita dalam ni sangat menarik dan kena dengan kita. Bila aku tengok drama ni aku teringat balik zaman aku di sekolah dulu. Rasa macam aku ada dalam drama tu pulak. Haha

Kisahnya bermula bila Eun Ho, budak dapat nombor akhir dalam periksa suka hati je keluar kelas awal. Rupa-rupanya dia nak buat kerja sambilan bagi flyers tuisyen kat orang yang lalu lalang. Kawan baik dia Oh Sa Rang. 


Hasil carian imej untuk school 2017 park se wan
Susahnya nak dapat kawan macam Sa Rang


Hasil carian imej untuk school 2017 sa rang & eun ho eat




Tae Woon pulak, anak pengarah sekolah tu. Dia ni pulak jenis tak bersyukur...malas belajar dan buat tak tahu je dengan ayah dia. Dae whi pulak anak orang miskin, takde lah kaya macam kawan-kawan dia yang lain. Dae Whi ni orang yang paling pandai kat sekolah, Hee Chan ni lah menggunakan Dae Whi. Nam Joo ni pulak girlfriend Dae Whi. Bo Ra pulak mangsa buli dalam drama ni.





Hasil carian imej untuk school 2017




Drama ni tunjuk kat kita tentang diskriminasi antara pelajar, cikgu makan rasuah dan cikgu sesuka hati pinggirkan pelajar yang miskin. Kesian lak aku tengok drama ni.

Entah macam mana wujud x, manusia pakai hoodie hitam. Dia ni lah yang membawa sinar kepada kelas diorang. X ni mestilah orang kaya, siap ada kunci sekolah dan kad untuk scan masuk kantin sekolah. Hebat betol X ni.



Hasil carian imej untuk school 2017 x





Chemistry dalam cerita ni memang menjadi. Semua pelakon tak kekok berlakon bersama. Semuanya positif dan ceria. Lawak pulak bila aku tengok behind the scene. Entahlah kenapa aku rasa drama korea semuanya best-best belaka. Drama korea mudah disampaikan dan kameraman memang pandai gila rakam gambar. Tabiklah. Takde lah terlepas pandang, kat mana scene tu, pelakon pakai baju apa, muka pun tak berapa nampak sebab selindung. Semua tu takde dalam cerita korea, korang lek je tengok... semua dah dirakam perfect!




Disebabkan X lah Eun Ho dan Tae Woon couple. Siapa X ni? Nak tahu kena lah tengok School 2017 sampai habis.



Hasil carian imej untuk school 2017


Oh ya, Eun Ho ni pandai lukis kartun... jadi dia buat webtoon.


Imej yang berkaitan




Hakikatnya aku langsung tak pernah tengok drama school yang sebelum ni. Aku rasa nak tengok drama ni sebab aku ada tengok iklan dia kat ig. Lepas tu aku terus tengok. Memang seronok cerita ni. Memang banyak pengajaran.


Jom lah tengok drama ni. Kalau drama Melayu yang full episode aku tak tahu lah nak tengok kat mana. Kalau drama ni aku tengok kat Kissasian jer.


Gerak dulu. Pape komen bawah. Bye!



7 ulasan:

Eda Ejai berkata...

alaa.. dah lama tak tengok cite cenggini.. kalau dapat tengok ni mau berasap laptop.. heheheh..

Julia Tarmidi berkata...

salam singgah dan follow. :)

Anda dijemput join GA saya!

http://www.akuseorangtraveler.com/2017/10/tak-nak-sunyi-sepi-lagi-giveaway-by.html

Farah Huda berkata...

Eda Ejai..hahaha kita tengok seminggu jer. sebab wifi u laju.

Julia Tarmidi ...orite,takde hal kita join

han berkata...

Best drama ni, santai je storyline. Hari tu layan masa tengah on-going. Punya la merana tunggu next episode haha

Raydah berkata...

i didn't get to watch this yet.

Farah Huda berkata...

han ... kan, saya tengok marathon..haha

Rayda... tengok lah drama ni, seyes best

Hujan Bulan Juni berkata...

saya pernah nonton ini film. tapi hanya 1 episode.. :D