Ahad, 19 November 2017

Malaysians United Run 2017

Assalamualaikum


Semalam aku sertai satu larian iaitu Malaysians United Run (MUR) 2017 di Sepang Circuit. Ramai gila orang dekat sana, lebih kurang 40,000 mahasiswa dari pelbagai IPTA dan IPTS. Larian ni adalah  anjuran Institute Onn Jaafar. Let's LIGHT UP our Children's FUTURE.


Hasil carian imej untuk MUR 2017



Hari sebelum larian, aku pergi BUDI sebab BUDI yang uruskan hal-hal berkaitan MUR 2017 untuk pelajar-pelajar UIA. Aku pun ambil t-shirt dan daftar sekali lagi kat komputer dekat BUDI tu.

Seyes cantik baju tu... tapi cam jarang, boleh lah pakai inner kalau nak keluar jejalan dan boleh je buat plasah kat rumah.








Pelajar-pelajar UIA yang join larian ni dikehendaki tunggu di bus stop setiap mahallah seawal 3.30 pagi, awal gila. Malangnya, bas datang 2 jam 15 minit selepas itu. Engko raserr. Ramai pelajar perempuan turun naik mahallah. Dah lah pagi buta, bus pun datang lambat... memang semua pelajar spoil sampaikan ada yang balik bilik sambung tidur. 










Insan yang bersabar tu dengan tidak sengaja sampailah ke Sepang lebih kurang sejam lebih. Kitorang solat subuh di RNR Seri Kembangan. Sesampainya di Sepang, terkejut beruk aku sebab bas terlampau banyak. Manusia pun ramai macam semut.





ni gambar orang ye..bukan gambar bas. Haahaha


















Seusai larian selesai, kitaorang ambil sijil penyertaan, makanan dan minuman. Ada jugak foodtruck. Boleh lah cuti mata daripada terperap je dalam UIA. Hehe
Korang ada tak join larian ni?




Okey, kita jumpa lagi. Assalamualaikum.



9 ulasan:

Raydah berkata...

lamanya tak join run. jelezzz

Amer Ridzuan berkata...

Hi, Nice to meet you! Your blog is superb!

I'm your new follower btw.

AMERZING: http://ameridzuan.blogspot.my/

Mazni Munawar berkata...

tiba2 teringat join larian kat putrajaya 2 years ago. campur semua2 IPT :D

Farah Huda berkata...

Raydah... bila-bila free join lah larian yang ada..seyes best


Amer...nice to meet you too


Mazni Munawar ... macam ikan sardin kan. Nak lari pun xde ruang. Hehe

Hanamiko Sakura berkata...

saya selalu join run org2 tua. campur dgn komuniti masyarat kaum yang berbeza. hehe

Farah Huda berkata...

Hanamiko Sakura... oh bagusnya, saya tak pernah lagi join larian mcm tu.

Mormor berkata...

Awalnyaa tunggu bas. hehe

Farah Huda berkata...

Mormor... dlm group wasep suruh turun pukul 3.30 pagi, katanya takut bas tinggal. Hahak

Dody Purwanto berkata...

Wa'alaikumsalam. Salam singgah sobat.