Isnin, 13 April 2015

Rensasi Novel aA+bB dan pengajarannya 12/4/15


Assalamualaikum.

Bertemu kita hari ini.Syukur ke hadrat ilahi.

Hari ini aku nak rensasikan sebuah novel yang pelik tajuknya.Bukan setakat tajuk namun begitu juga dengan penulisnya sendiri iaitu,Hlovate.Cerita yang ku sangka tak best,sungguh jauh meleset.Aku baca buku ni sebab aku dengar yang buku ni best sesangat.Pengenalan aku bertemu dengan novel ni bila aku pinjam dari kak ngah yang baik hati.Mulanya aku cakap kat kak ngah
.
“kitaorang nak pinjam novel.Nanti kak ngah bagi kitaorang novel yang best-best”

Selamba derk aje aku order.Kurang asam punya adik ipar.Hahahaha.At first aku tanya abang aku,mana novel yang kak ngah janjikan.kemain sastera ayat aku
.
“Entah,takde rasanya”

Suara semacam aje.Pastu dia suruh aku tanya sendiri kat kak ngah kat whatsup.Aku pun memang dah pelik dengan sikap abang ngah aku.Pastu,korek punya korek aku pun redah bilik dia yang macam sarang tikus.Hahahaha.Aku ambil plastic putih yang ada 8 buku tebal kat atas katil dia. Akhirnya, dapat jugak!Hancus punya abang.Duku kang.

Orite,kita sambung ye!Mukadimah yang tak ok bagi aku.Tak ok sebab Nampak meleret.Kena ubah kasi menarik dari biasa.Kita kena selalu ubah untuk terus berjaya.ahaks!

Cerita ni agak sempoi,menarik,susunan ayat yang senang dibaca,ayat yang gramatis,pengakhiran yang tidak ku jangkakan.Yang paling aku tak boleh lupa,meleleh aku baca cita ni.

Okeyh,my rensation...

Novel ini mengisahkan tentang perjalanan kisah hidup Nur Addin Shah yang sungguh rumit.Hidupnya bertambah rumit apabila terpaksa bergelar seorang isteri kepada Benz Alif yang menjadi musuh ketatnya sejak di bangku sekolah lagi.Dia kelu tanpa kata.Adakah hidupnya kekal sebagai housemate semata-mata.Dua-dua ego dengan perasaan masing-masing.Dua-duanya tidak sebulu.Apabila Nina, adik ipar Addin berkampung di rumah mereka,hidup mereka mula berubah rentak.Addin yang digelar didi mula menyenangi kehadiran Benji si suami.Hidup mereka mula berbunga bahagia.Tetapi, bahagia mereka tidak lama.Didi baru tersedar yang Ayie rakan yang menolongnya ketika mahu ke Lisse adalah benji.Didi rasa yang Benz hanya mahu memainkan perasaannya.Namun atas accident yang berlaku dia mula rapat kembali dengan Benji.Hidup mereka mula ceria dengan orang ketiga.

Namun, dengan kekuasaan Allah Didi keguguran.Hati ibu bapa mana yang tidak sedih atas kehilangan itu. Addin mula menyendiri.Bnji pula sering menyejukkan hati Didi tapi didi tetap sama. Masih meratapi pemergian si baby.Suratan takdir menentukan yang Benji akan terperangkap dalam kesesakan jalan raya.Kala itu,radio yang memberi ceramah mula membuka pintu hatinya untuk mendekatkan diri dengan ilahi.Didi pula berubah atas kerelaan hati dan nasihat di suami.

‘Daripada Allah kita datang kepada Allah kita kembali.Jika anak itu lahir,mungkin tidak akan menjadi anak yang baik.Maka dia reda anak itu berjumpa Tuhannya dalam kedaan fitrah yang masih suci.Dan mungkin Allah tidak memberinya anak itu keranadia dan isteri belum menjadi ibu bapa yang baik untuk anak itu,walaupun mereka dah ada seorang anak.Kita perlu sentiasa fikir.Allah takkan jadikan sesuatu dengan sia-sia’

Konklusinya,Didi redha dengan ketentuan sang pencipta.Sejak itu ,mereka suami isteri mula mendekati Tuhannya.Mereka akhirnya bahagia bersama seorang cahaya mata yang diberi nama Falah.
Orite,aku tahu synopsis aku panjang berjela dan nampak tah apapa.Hahahaha.Best cita ni.Rugi kalau tak baca.Aku minta maaf sebab ceritakan sampai habis.Tapi aku tak cerita lagi sepenuhnya.Ada lagi adegan-adegan yang aku tak boleh lupa dan aku tahan jari aku dari taip benda tu.Best,tak caya sudah.Mulanya aku renung novel ni macam nak tak nak aje.Yes,aku admit yang frasa,don’t judge the book by it’s cover itu ada betulnya.Aku rasa bersalah sebab tak pandang sebelah mata pun dengan novel ni.
Pengajarannya di sini,

Aku baru sedar yang setiap benda tak kira hidup atau tidak kita jangan pandang rendah sebab Allah dah aturkan sesuatu yang sangat strategik untuk kita .

Contohnya la dalam hidup aku sendiri.Time kerja dulu aku ada kenal sorang kakak ni nama dia Aisyah dan aku panggil Kak Ecah.Mula-mula kenal dia macam sombong tak mahu pandang muka orang bila bercakap.Sampai sepupu aku yang darjah enam cakap,

“kakak tu muka macam penjahat”

Apa reaksi aku?Aku buat bodoh le.Apalagi,aku ni pun blur jer.Boleh pulak bila Kak Ecah buat lawak aku tak gelak,pastu beberapa saat lepas tu baru aku gelak.At last,aku sedar yang kak Ecah ni baik.Layan je kerenah aku.Sometimes,bila dia baik hati dia akan belanja aku apa-apa.Aku ni jenis yang tak kisah.Bila orang bagi, aku ambil je.Janji halal boleh dimakan.Orang kat Syria tu tak cukup makan,takut nak makan.Jadi kat sini dengan selesanya aku menjamah makanan pasar malam yang disedekahkan oleh Kak Ecah kepada aku. Alhamdulillah.May Allah ease you life,Kak Ecah!

Bila aku nak berhenti kerja aku cakap la yang malam ni nak balik kampung.Dia kabo kat aku macam ni,
“Kalau kamu pergi,akak boring la.Tak de kawan sembang.Nanti akak buat muka jahat balik la”,ujar kak Ecah serius sambil menegok hedfonnya.

Aku pun senyum sumbing.Tengok ,realitinya jangan memandai nak judges orang sebab aku ada buat frasa sendiri,

YOU JUGDES ME,I HATE YOU!

Macam terlalu kejam kot frasa aku tu.Aku tahu reality dan kita punya persepsi tak sama.Mungkin bila kita kenal seorang rakan,muka dia bengis semacam macam kak Ecah,then dia tak senyum langsung dan tak pandang langsung muka kita bila kita tanya macam-macam.Tapi sebetulnya dia tu memang baik.

So,not late to say you judges me i hate you!Well,aku dapat ilham untuk reka frasa ni bila ramai orang kata aku ni sombong.Aku sedih,tapi aku tak nak nangis.Bazir masa je.Kesian kan aku.padan muka,sapa suruh muka sombong sangat.Huhuhuhu.

Jadi chill and positive.Biarlah orang nak anggap kita ni apa janji teruskan hidup dengan usaha.Orite,terlampau panjang rasanya aku menaip.Bye!Rindu aku untuk penulisan seterusnya.Daa,chow.

Assalamualaikum.

2 ulasan:

NaD Dea berkata...

Assalamualaikum. Kite tgh otw dah habiskan novel tu. Novel tu dulu hot masa kt sekolah menengah. Tapi tak terbuka hati nk beli sbb lagi prefer dgn novel cintan cintun. Haha. Sekarang dah beli tapi novel aA + bB ni gabung sekali dgn novel Tunas. Jimat sikit dan puas hati bgi kaki novel. Hihi.

nurul rasya berkata...

I like hlovate's novels and Aa bb is her first novel that I read. The book is good but for me Contengan Jalanan is her best novel