Sabtu, 28 Mei 2016

Bersyukur

Assalamualaikum


Duduk tingkatan 6 baru aku tahu nikmat bersyukur. Orang sekeliling yang lagi banyak bersyukur buat aku bersemangat untuk terus hidup.


Aku ada seorang kawan  tingkatan enam yang sama kelas dengan aku. Dia terpaksa bekerja untuk mendapatkan wang saku. Masa cik Z buat kerja kursus pengajian am pasal pendapatan dan perbelanjaan pelajar tingkatan 6 hanya dia seorang yang tanda TIDAK pada kotak sumber pendapatan daripada wang saku.


Kelmarin masa duduk buat group muet, dia kata masa exam sejarah haritu dia dapat panggilan temuduga yang kedua, tapi dia tak pergi. Sebab dia sayang form 6. :p Sebenarnya dia tak tau nak pergi atau tak. Kan boleh ambil exam dekat sekolah terdekat. Tapi dia kata dia tak fikir apa dah masa tu. Yang dia fikir dia nak ambil periksa. 

  
Tapi, aku ada tanya temuduga pertama pergi naik apa. Dia kata naik motor berdua dengan sepupu ke Ipoh. Jauh kot pergi Ipoh, aku yang naik kereta pun sakit pinggang, inikan pula yang naik motor dah la dia tinggal Selekoh. Bayangkan dia tinggal dengan nenek dan dia hanya punya motor. Dia dah usaha telefon orang yang dapat temuduga yang tinggal sekitar kampung, mereka kata kereta takde kosong. Jadi dia naik motor pukul 4 pagi sampai tepat pukul 8 terus masuk interview, ukur badan semua. Dia tak nak menyusahkan orang lain terutama sekali opahnya.


 Bila dia jawab soalan aku, aku rasa sedih. Dia tak cerita pun kesedihan hidup dia untuk mengambil simpati orang lain. Masa dia cerita dia dapat panggilan kedua, aku tanya dia pasal temuduga pertama. Tanya punya tanya barulah dia jawab. Kalau tak tanya dia takkan cerita.


Aku sedar hidup orang lain sebab susah jika dibandingkan dengan aku. Aku yang ada mak ayah, dapat wang saku setiap hari, tak perlu kerja sepatutnya aku bersyukur. Bukan aku KITA. Dia, kawan aku sikap dia baik, hormat cikgu, peramah dan suka buat lawak. Dia cuba simpan apa yang dia rasa dengan selalu buat lawak.


Kawan aku yang lagi seorang bersyukur walau belanja RM10  seminggu.
Kawan aku yang lagi seorang dia ambil lessen guna duit biasiswa.


Mereka bersyukur dengan apa yang mereka ada.


Pengajarannya kita perlu bersyukur dengan apa yang kita ada. Kita tak perlu bandingkan hidup kita dengan orang lain. Hidup kita berbeza dengan orang lain. Bila kita miskin takde sapa nak tolong kita, tapi bila kita kaya ramai orang cari kita, sampaikan orang yang kita tak kenal pun datang cari kita. Jadi bila kita ada duit kita sedekah dengan orang yang memerlukan. Semoga wang yang kita dapat diberkati olehNya.



Orang yang tak berpeluang… nak sangat pergi interview , tapi orang yang ada peluang… tak nak pergi interview.




Kadang-kadang kita perlu lihat kehidupan orang lain untuk lebih bersyukur.

1 ulasan:

Kei Konves berkata...

hrmm... masuk form six ni memang dapat jumpa macam2jenis orang. ada jugak kawan form six berhenti sebab nak kerja. ada yang jalan kaki ke sekolah..