Rabu, 25 Mei 2016

Duda terlajak laris

Assalamualaikum




Beberapa hari belakangan ini, aku terpikat dengan satu drama di slot akasia. Aku tak tengok dari awal, aku mula tengok episod ini dalam berbelas-belas. Tak ingat. Kenapa aku terpikat nak tengok cerita ini?


Sebab ada Zara Zya. Masa cerita love you mr arrogant sangat best lakonan dia. Dia berlakon bersahaja, berterus terang, lakonan yang menjadi, kalau nangis tu terkesan dalam hati penonton. Macam cinta hati abah, aku tengok 2 episod, tu pun tak penuh. Ceritanya sangat menarik. Dan mungkin juga disebabkan pelakon tambahan yang menyerikan lagi drama ini seperti Anis Al Idrus, Kuza, Wawa Zainal dsb. Oh ya, hero dalam cerita ini boleh tahan maskulin. :p


Tapi dalam cerita Duda terlajak laris Zara Zya sebagai Inas/pehah dan Idris Khan sebagai Zafran/Zack. Mereka berdua ni pernah berlakon bersama dalam drama Cinta hati abah. Idris khan dan Anis Al Idrus sebelum ni mereka berlakon cerita Uda&Dara sebagai watak sampingan.


Yang paling takleh blah  watak cerita ni ingatkan aku dengan kawan-kawan aku di sekolah. Hehe. Kat kelas sebelah ada Inas, kelas aku ada Anis dan duda. Bukan duda yang bercerai, tapi muka dia seiras duda dalam drama ini. Bila aku pandang dia, aku teringat cerita ni. Tapi suara kawan aku unik sikit. Hehe.


Kesan khas dalam cerita ni juga buat aku minat menonton drama ini. Kesan khas macam lagu. Ada lagu yang tersangatlah sesuai dengan plot cerita ni. Macam lagu Terakhir-Sufian Suhaimi. Kawan aku dalam kelas asyik menyanyi lagu itu. Bila aku tengok cerita Duda terlajak laris baru aku tahu dia nyanyi lagu apa. Dah suara macam penyanyi :p


Solekan pelakon sungguh kemas. Yang paling ketara adalah solekan Wawa Zainal yang memakai gincu warna merah dan blusher serona. Sama juga dengan solekan Zara Zya, Anis Al-Idrus, Kuza dan pelakon perempuan yang lain. Pelakon lelaki pun sama. Solekan duda tu sungguh kemas. Walaupun dia ada jambang tapi kemas. Mungkin penaja dia D’herbs, cantik! Dato’ Alif Syukri pun ada juga berlakon dalam cerita ni.


Okey skang ni aku nak cerita tentang drama ini. Cerita ini mengisahkan Pehah dan Zack yang terpaksa kahwin sebab ditangkap khalwat. Sebenarnya Pehah suruh abang angkat dia, Bob untuk betulkan mentol dekat rumah dia, pastu Zack yang kena pergi sebab Bob yang suruh. Entah macam mana Pehah macam nak pukul Zack, pastu mereka terjatuh. Kemudian, mak ayah Pehah balik dan kena kahwin sebab mereka ingat Zack dengan Pehah buat benda tak elok, ye la dalam gelap kan. Pastu, Zack buat tak endah dengan Pehah. Sebenarnya Pehah memang suka Zack dalam diam. Kemudian, Zack meninggalkan Pehah selama 2 tahun. 


Setelah 2 tahun Zack balik kampung sebab tok ayah dia meninggal, sekali jumpa sang isteri kemudian dicerainya talak satu. Pehah kata “tengok la nanti, kau akan juga kembali pada aku”. Seterusnya berkisar tentang Zack/Zhaf/Adik. Kakak&mak Zack suruh zack kahwin dengan seorang perempuan ni tapi dia terpikat pula dengan Wawa Zainal, Anis. Kemudian muncul Inas, adik Anis. Inas buat tak tahu je bila jumpa Zack. Zack pula nak kenal Inas dengan lebih rapat. Lepas tu Inas jual mahal.



“Kenapa awak tak kahwin lagi?”Zack memandang Inas.
“Awak sibuk kenapa”,Inas malas menjawab soalan Zack.
“Jawab je la soalan saya”
“Apa soalan awak tadi?”
“Kenapa awak tak kahwin lagi”
“Saya tengah tunggu seseorang”
“Siapa”
“Takde kena mengena dengan awaklah”.


Pelakonnya membawa watak dengan jayanya. Nak tau lagi? Tengok di kaca tv (malam ini last jam 1.30 pagi) mahupun di youtube/tonton. Gila best!


Akhir kata aku suka cerita ini. Kalau boleh nak tengok Zara Zya berlakon cerita lain sama gak  macam Idris Khan ^__^

Bye.

1 ulasan:

Kei Konves berkata...

hrmmm layanlah jugak. dah habis dah drama ni.