Isnin, 30 Mei 2016

Budak lower six


Selamat pagi





Aku 'suka' bila tengok budak lower six lalu lalang depan aku.*hakak marah nih… Dah la pakaian yang tak mengikut kriteria tingkatan 6. Bukan itu sahaja, muka pun tak hormat langsung kami yang upper six ni. Kalau tengok pakaian memang tak boleh dimaafkan sebab dah 3 minggu lebih mereka masuk sekolah. Ice breaking semalam. :p


Tatacara pemakaian mereka yang buat aku tersentak…tak da la tersentak cuma aku pula rasa bersalah.


Mereka pakai shawl. Ingat nak pergi jejalan ke, kita sekolah dengan pelajar di aliran arus perdana. sepatutnya ikut peraturan sekolah agar menjadi contoh kepada murid-murid lain. Aku nampak seorang budak ni, pakai shawl sampai meleret ke bawah. Dia pin tengah, sebelah kanan dia pin ke bahu dan biarkan sahaja sebegitu. Trend terkini mungkin.


Sebelum ice breaking kami dengan lower six wakil MPP dah bagitahu apa yang perlu dibaiki. *ice breaking tu macam suai kenal dengan lower six, upper six ada buat bermacam-macam aktiviti. Apa yang perlu dibaiki adalah,


 pelajar lower 6 tidak dibenarkan merokok di dalam tandas form 6, nanti konfem guru kanan tingkatan 6 akan ronda masa kitaorang perhimpunan. Pelajar perempuan pula diorang dilarang memakai make up, barang kemas, seluar  slack ngan blouse( pelajar melayu ) , dan shawl. Baju dan tudung yang dipakai haruslah warnanya tak menyerlah dan takde batu/manik. Sebabnya, ramai guru akan complain pasal budak form 6 yang lebih gojes dari cikgu-cikgu. Hehe.


Pasal shawl tu, aku rasa diorang tak patut pakai. Sepatutnya pakai tudung bawal yang pin ke bawah tu je. Aku pakai pin dari dalam sebab tak mau kasi nampak batu. Semua upper six pakai bawal. Nanti masa dah mula semester mesti budak perempuan akan sibuk dan sure takde masa nak bershawl kecuali mereka mahu bergaya sahaja di sekolah atau memang pandai membahagikan masa.


 Takyah bershawl, hakak tak galakkan. Nanti cikgu lelaki terpikat kang! <Manade. Sebabnya nak lilit pun ambil masa, dari melilit tudung tu ada faedahnya baca buku, baca al-quran ke sebelum pergi sekolah. Baru ada keberkatan. Kan, kan.


Sebelum aku terlupa pengetua sekolah aku hanya membenarkan pelajar form 6 pakai baju 3 kaler sahaja. Hanya sekolah aku sahaja kah?



Bye. Assalamualaikum.

2 ulasan:

Tomodachi berkata...

macam-macam fesyen bila tengok budak lower 6 masuk. ahhaa

Kei Konves berkata...

entahlah. lower six kelihatan begitu bergaya, cun dan kachak sehingga aku rasa macam... what the, aku masuk sekolah model kah?