Rabu, 25 Mei 2016

Sem 2 sudah berlalu

Assalamualaikum kenkawan,

Aku baru habis periksa kelmarin. Last paper yang aku ambil adalah sejarah. Aku banyak timba ilmu dan pengalaman sepanjang berada di semester 2. Suka , duka, riang, gusar, gentar semuanya meracuni fikiran kami.

Gembira sebab masih bertahan sehingga tamat peperiksaan sem 2
Sedih sebab kerja kursus dah habis untuk sem 2 dan dah ada kerja kursus untuk sem 3. Huhu
Gusar semasa buat kerja kursus. Kadang-kadang tak bernasib baik sebab kurangnya idea.

Okey aku rasa exam Penggal 2 senang tapi bagi aku sederhana sahaja.

PAM- graf piramid kompaun/Carta Pai Banding ,prinsip rukun negara. Aku tak reti Pengajian Am.

BM- Aku dah semak jawapan objektif. Kesal sungguh. Bahagian B aku jawap selagi mampu.

Eko- Semua yang sir target keluar. Tapi, ada juga yang aku tak baca tapi ada soalannya. Objektif senang gak. Bahagian B aku tibai je. Bahagian C aku boleh jawab alhamdulillah.

SEJ- Soalan target ada gak keluar tapi aku tak baca. Haha.

Semoga keputusan semua pelajar penggal 2 sesi 2016 cemerlang dengan jayanya. Bye!

1 ulasan:

Kei berkata...

good luck.

erm. aku satu apapun tak check. redha~