Rabu, 8 Jun 2016

Anime

Assalamualaikum.




Kome mesti tahu apa itu anime. Ala kartun jepun tu. Haaa, malam tadi aku ada abaca sebuah komik versi bahasa Melayu yang bertajuk Cinta Untuk Dijual karya Kauro. Yang dah baca tu kita seppp.


Sebenarnya, aku tak pernah pun baca anime. Aku hanya pernah baca muslim show dan majalah ujang. Majalah ujang masa aku kecik-kecik dulu best gila y’know.


Aku baca komik ini dalam satu jam . Aku tak tau aku mula baca bila, yang aku tahu 12.27 aku dah habis baca.


Komik ini senang nak faham, kelakar, menggedik, gaduh dan lawak juga ada. Cerita ni sesuai la untuk remaja. Kanak-kanak tak sesuai, akak tak galakkan. Budak-budak baca buku cerita Nabi terdahulu. Yang tu memang sesuai.



Komik ini lukisan dia boleh tahan cantik. Kira nak baca saja. Ayat pun santai dan mudah faham.



Sinopsis :


Cerita ini mengisahkan Mika dan Miya. Mereka adik beradik. Mereka dah kehilangan orang tua sejak 10 tahun yang lalu. Restoren Raku Ramen adalah peninggalan kedua ibu bapa mereka. Mereka usahakan sehingga kini. Restoren Raku Ramen mereka kurang mendapat sambutan atas factor tertentu. Kemudian, Mika seoraang pemuda budiman datang ke gerai Gelato rakannya bernama Pitou. Di hadapan gerai dia terlihat seorang gadis dan pemuda yang bertengkar. Gadis itu bernama Virginia. Bermula dari insiden itu mereka kian akrab.



Nak tahu lebih lanjut?


Sila lah beli di mana-mana kedai buku yang menjual komik ini.



Komik ini setebal 165 muka surat.

Dicetak oleh Percetakan Tatt Sdn Bhd.

Bye !

1 ulasan:

Aretikz berkata...

Owh ~ tahu.. tahu.. tapi kan.. anime tu yang ditayangkan kat Tv.. untuk komik, dipanggil manga.. hehe..

Bab-bab ni.. memang peminat.. tapi mcm cite one piece, bleach.. hehe