Jumaat, 3 Jun 2016

Hlovate si penulis



Asslamualaikum kawan.


Hari ini entah macam mana ada idea nak tulis pasal novel. Ingatkan lepas dah berpuluh novel aku baca lepas spm hari tu nak tinggalkan terus semua benda tu. Tapi,semuanya dah berubah atas sebab nafsu. Nafsu nak menghabiskan masa dengan membaca novel.


Novel ada yang baik dan buruk. Yang buruk dijadikan sempadan. Yang baik tu dijadikan teladan. Aku mula baca novel seawal usia 12 tahun. Masa tu aku kat rumah kakak aku. 2 novel dia yang kami berlima baca bergilir-gilir. Masa tu aku cuti sekolah.


Kini aku dah baca berpuluh-puluh novel. Bila aku terkenang balik apa yang aku buat, aku rasa tak patut pun bazir masa macam tu jer. Ada je benda lain yang berfaedah yang boleh aku buat masa tu. Takpe-takpe benda dah jadi mana boleh buat apa dah. -__-


Terlebih panjang pulak mukadimahnya.Heee
.



Aku baru baca novel Hlovate. Aku mula baca tahun lepas. Tahun ni aku baca lagi 3 novel dia. Aku sebenarnya nak baca novel-novel dia lepas terbaca satu novel dia. Jadi aku memang tak tanya pun kawan kelas aku. Sebabnya diorang muka budak belajar je. Masakan baca novel. Hehe. Rupanya masa ekonomi yang cikgu takde seminggu kat sekolah tu, baru aku tahu Pah ada novel Hlovate. Yang lagi best aku pinjam 3 novel sekaligus. Hari berganti hari, minggu berganti minggu aku pun dah selesai menelaahnya. Haha.


Okey ni dia novel yang aku dah baca :


1.       aA+Bb
2.      5 Tahun 5 Bulan
3.       Versus
4.       [tunas]




 
Semua novel ni aku pinjam dekat pah kecuali novel aA+bB



aA+bB tu serius sweet.Benz dan Addin. Dua-dua ego.Benz nak protect Addin masa kat Jusco,tapi Addin salah faham. So,lepas dah kahwin pun diorang ego. Dah matured, tapi egomaniac. Haha. Lepas suku novel, kisah alam rumah tangga bermula. Bila Nina,adik Benz datang rumah mereka,  barulah hubungan diorang baik. Baik sikit je. Ada pengajaran dalam cerita ni. Kisah Addin dan Benz yang berubah jadi lebih baik. Masa tu lah beri impak sikit. Bacalah kalau ada masa. Cerita nih seriusy best !



5 Tahun 5 Bulan kisah orang belajar luar negara. Nak belajar luar negara boleh baca novel ni. Banyak cerita pasal medic. Kisah Johanna dan Afiq. Apeh, Nina dan Nana adik Afiq. Cerita ni kebanyakannya kisah pengalaman belajar luar di negara. Ada unsur saspen dalam novel nih. Bacalah.



Versus cerita pasal Minn Edina dan Ashraff Omar. Minn dan AO. Masa baca novel ni la aku tahu apa itu Bugs Bunny. Dalam novel ni cerita pasal skate dan budak street. Pastu Minn jadi baik. AO pun nak jadi baik jugak. Novel ni islamik habis. Tumbs up.



[tunas] kisah belajar Addin dan Benz dan budak bertujuh tu Magnificent Seven masa form 4/5. Aku memang terkesan sangat. Belajar punya lah bersungguh siap tulis formula, rajah lagi. Yang tak leh blah bila dia cakap E=mc square. Minat pulak aku science stream even aku kelas akaun. *minat kejap je. Memang best lah cerita ni. Bagi semangat untuk belajar. Kalau kome nak ikut cara belajar diorang ni sure kome boleh berjaya. Itu pun kalau usaha lebih dan tawakal. Kisah Benz yang tak ada perasaan dan Addin yang selamba habis. Boleh pulak Addin kenakan si Eve tu. Berani gila dia kacau MSG.




Novel  Hlovate ada unsur keagamaan. Tenang je bila baca novel ni sebab ayat dia pun senang nak faham. Buku dia padat walaupun hanya 500 muka surat dan ke atas. Aku memang tabik habis sebab buku dia semuanya ok. Tak memeningkan. Takde yang cliché. Semuanya best/memberi kesan walaupun cerita dia biasa-biasa saja. Bacalah kalau tak percaya. :)





Semua konflik wujud antara hero dan heroin tak lebih dari itu. Takde kisah pakwe makwe ke apa. Semua cerita ni takde couple. Yang ada hanya nikah kahwin je baru cerita hidup rumah tangga. Adegan romantik tu takde sangat. Ada tu ada, tapi takde lah terlebih romantik. Serius aku suka novel-novel dia. Aku sarankan korang baca. Tak rugi. Dapat tambah ilmu agama sebanyak sikit, dapat ubah sikap, dan dapat memberi inspirasi untuk sentiasa berusaha.



Jadi ada banyak pengajarannya. Kepada semua jangan segan silu baca novel Hlovate. Penuh inspirasi wei.


Biarpun muka kulit novel hlovate tak berapa cantik, tapi isi dia sangat cantik. Aku recommend korang baca novel ini. Heee.



Orang kata contengan jalanan best. 

Bagi aku semua novel hlovate best, tak sama dengan novel-novel lain. 



Yang paling aku suka novel aA+bB sebab kisah alam rumah tangga yang sweet habis. Kalau nak rasa yang lebih gemak pasal Nur Addin Shah dengan Benz Alif kena baca [Tunas] dulu. Cerita dalam novel hlovate kita takleh jangka pengakhirannya :)








Itu  je aku nak cerita. 

Jom baca kawan-kawan.

Bye...

1 ulasan:

nurul rasya berkata...

dalam banyak-banyak buku hlovate I like contengan jalanan the most. the plot, the characters semua best. Compared her other books yang plot are similar to each other.