Sabtu, 25 Jun 2016

Tadarus al-Quran.Iftar.Qiam


Assalamualaikum



Sekarang aku masih di rumah selepas pulang dari sekolah seawal 8 pagi. Semalam ada majlis khatam al-quran, iftar dan qiamualail.


Sebenarnya majlis ini wajib bagi pelajar aliran agama. Pelajar dari kelas lain boleh menyertai progam ini. Jadi aku kenalah pergi sebab terlibat sama dengan tadarus al-quran. Kumpulan tadarus ada 10, ketua kumpulan dari kelas KAA. Ketua kempulan aku SITI HAWA dari 5KAA. Ahli tadarus kami ada 11 orang. Setiap kumpulan baca 3 juzuk.



Cerita semalam, datang ke sekolah jam 4.15 petang. Daftar nama dan tandatangan.



5.15 - Masuk surau. Ustaz kata tadarus mula jam 5.45 jadi kami diminta membaca al-Mathurat bersama-sama.


5.45 - Tadarus al-quran. Yang ngaji semua lelaki. Bagusss. Yang perempuan asyik bersembang sehingga ditegur  oleh ustazah berkali-kali. Apakehal budak-budak nih…


Haaa lepas baca doa khatam al-quran semua  peserta tadarus diberi sedikit cenderahati yang memang berbaloi.


Air kotak perisa Laici-kotak besar, Buku wirid&doa sesudah tahlil, 5 jenis biskut lexus paket kecik, dan duit raya. Tahun lepas dapat biskut sahaja, bukan biskut lexus. Alhamdulillah, cikgu kata sumbangan untuk program tadarus.iftar.qiam tahun ini memberangsangkan.






6.45 - Tahlil


7.00 - Sedia ambil makanan secara layan diri. Perempuan makan di kantin dan lelaki makan di bawah khemah, di atas tikar. Yang ini memang aku respect budak KAA. Ambil makanan pun bertenang dan sabar dengan kami yang ambil makanan dulu. Yang paling best lady first!


Oh ya makanan berbuka puasa kami adalah nasi tomato, ayam masak merah, jelatah, udang goreng tepung, buah tembikai, air sirap, air asam limau, air tebu dan aku macam  nampak air warna oren. Air oren kot. Dan kudapan seperti popia goreng sambal, cucur badak, pulut panggang dan lain-lain.


7.45 - Solat Maghrib
8 - Bacaan Yasin
8.45 - Solat Isyak
9.00 - Solat Terawih


10.30 – Ceramah tengah malam. Ramai pelajar ketawa.  Tiba-tiba blackout jam 11.55 masa ustaz cerita pasal org munafik. Kemudian ceramah terpaksa berakhir di situ. Semua pelajar agak keciwa.Aku memang respect pelajar KAA. Takde lari-lari bila blackout, statik sahaja. Mula2 gelak, masa mula blackout terus sunyi. Lepas lama bising balik.


11.00 – makan tengah malam. Roti sosej, kuih masa berbuka, kuih sampan  dan air kopi.


12.00 – Tidur. Terpaksa tidurkan diri sebab budak-budak bising sebab mana merasa tidur bersama kawan. Sekali setahun. Aku pun tidur dalam kebisingan budak-budak KAA.


4.00 – Bangun
4.30 – Qiamulail
5.00 - Sahur. Nasi putih, ayam masak kicap dan telur dadar. Air koko dan teh.
5.45 – Solat subuh
6.15 – Kuliah subuh
7.00 – Kemas barang
7.15 – berkumpul di kantin bagi majlis penutupan.
7.45 – Balik


Masa kami tadarus kan macam-macam bacaan budak-budak aku dengar.


Aku harap mereka dapat baca dengan lebih baik lagi untuk hari ini dan seterusnya.


Aku juga dapat nasihatkan diri aku agar jangan terlalu memandang tinggi dengan sesiapa.


Biarpun mereka dari kelas KAA, mereka tetap manusia biasa.


Ada seorang budak, ahli kumpulan aku...asyik melihat aku saja. Tapi aku tahu dia baik.


Dan masa inilah pelbagai jenis tudung keluar. Shawl, instant shawl, shawl yang aku tak ketahui namanya(shawl kosong tapi tak berapa nak licin) dan banyak lagi.


Program ini juga disertai oleh bekas murid sekolah ini, kawan Pah. Kami yang form 6 nih entah kenapa rasa malu. Mereka dah habis belajar kami lagi setengah tahun baru habis form 6. HUHUUU


Ini lah sahur kedua dan terakhir aku di sekolah. Aku sangat sedih dan aku akan ingat segala pengalaman ini.


Itu sahaja. Assalamualaikum.

1 ulasan:

Tomodachi berkata...

Menariknya ada program mcm ni. Kat sklh Sy takde pun. Pljr form 6 pun macam malas nk masuk program mcm ni. Hmmm T^T