Selasa, 12 Disember 2017

Novel Pak Imam Chapter 1

Assalamualaikum


Minggu lepas aku dah habis membaca sebuah buku karya Muhammad Rusydi bertajuk Pak Imam Chapter 1. Buku ini aku pinjam dari kawan usrah iaitu Nurul. 





Setebal 347 muka surat




Buku ini mengisahkan seorang pemuda yang gagal dalam bercinta dan terserempak dengan lelaki tua yang menjual tembikai. Lelaki tua tersebut merupakan seorang imam di sebuah surau. Kehidupan lelaki muda tersebut berubah semenjak berkawan dengan Pak Imam. Pemuda tersebut bekerja menjual tembikai di gerai Pak Imam, dan akhirnya digelar bang bikai. Dalam buku ni takde tulis nama watak pemuda ni, jadi orang panggil dia bang bikai.




Dalam buku ini Pak Imam selalu bagi nasihat dekat bang bikai tentang kehidupan. Ada jugak watak Pak Bilal dan Misi Ampang, anak Pak Imam.




Buku ini sangat ringkas dan padat. Gaya penulisan yang straight to the point, dan senang nak faham. Aku recommend buku ni sebab aku dah lama teringin nak baca karya Muhammad Rusydi bila terbaca karya beliau yang bertajuk Tunangku Tidak Tampan (3T) di facebook.



Hasil carian imej untuk tunangku tidak tampan



Buku ini banyak pengajaran dan segala kata-kata dalam buku ini memang kena dengan aku. Sangat santai dan lawak. Aku boleh gelak nangis-nangis bila baca buku Pak Imam. Kalau ada rezeki mungkin ada novel Pak Imam Chapter 2, nantikan di facebook bang bikai. Koh koh koh.






Hasil carian imej untuk tunangku tidak tampan






Jangan segan-segan dapatkan karya-karya Muhammad Rusydi di talian 010-8684990 dan boleh juga tengok ig beliau, Rusydee Artz Books Store. Karya beliau tiada di mana-mana kedai buku, hanya dengan pembelian online sahaja.  Boleh survey harga novel-novel beliau di facebook mahupun ig.




Hasil carian imej untuk tunangku tidak tampan




Nak baca karya Muhammad Rusydi secara percuma?

Boleh baca di blog Muhammad Rusydi sendiri di   <<<SINI>>>



1 ulasan:

Struggling Inside berkata...

going to get one, soon! :)